Pulang Barang Dicuri, Pencuri Ini Bagi ‘HADIAH’ & Tulis Nota Yg Buat Ramai TERHARU !!!

| December 12, 2017 | 0 Comments

Pulang Barang Dicuri, Pencuri Ini Bagi ‘HADIAH’ & Tulis Nota Yg Buat Ramai TERHARU !!! | BISKUT MANIS – Seorang pencuri telah memulangkan semula barang yang dicurinya selepas gambarnya viral, pencuri itu tulis satu nota dan bukan itu saja, dia siap bagi ‘hadiah’ yang mengejutkan…baca dan kongsikan.

BARANG BARU DIBELI DICURI

Siapa pun pasti akan berang apabila barang yang ditunggu-tunggu sepanjang minggu hilang diambil orang. Kejadian itu telah menimpa seorang lelaki, Shawn Kojima apabila hadiah Krismas yang dibeli melalui atas talian hilang di depan rumahnya.

Bapa kepada dua anak itu menerima notis bahawa bungkusannya telah dihantar ke rumah, namun apabila dia ke luar rumahnya dia tidak melihat apa-apa bungkusan di situ.

Kojima kemudian memeriksa rakaman kamera keselamatan untuk mengetahui apa yang sedang berlaku sebenarnya. Bungkusan itu telah diambil oleh seorang pencuri yang berjalan di hadapan rumahnya.

Kojma telah menerima notis bahawa bungkusannya telah dihantar ke rumah, namun apabila dia ke luar rumahnya dia tiada apa-apa bungkusan di situ

Kojima kemudian memberitahu polis di Utah akan kejadian itu dan seorang pegawai mencadangkan bahawa dia berkongsi rakaman keselamatan tersebut di media sosial. Lelaki itu kemudian dikejutkan dengan pelbagai respons orang ramai berkongsi gambar pencuri tersebut sehingga ada yang mengatakan mereka tahu akan nama suspek tersebut.

MUJUR ADA RAKAMAN KAMERA KESELAMATAN

Rakaman dari kamera keselamatannya yang menunjukkan apa yang berlaku pada bungkusan yang ditempahnya melaui atas talian

Dua hari selepas dia berkongsi gambar pencuri yang disyaki itu, dia menerima semula bungkusan itu di pintu depan rumahnya. Kali ini ia disertai dengan surat bertulisan tangan dan mainan haiwan.

“Anak bongsu saya ketika pertama kali mendapat bungkusan ini mula menjerit dengan mengatakan bahawa kami telah menang,” kata Kojima kepada KSL TV.

INI ISI KANDUNGAN SURAT DARI PENCURI

Antara isi surat itu ialah dia menyatakan permohonan maaf atas apa yang telah dilakukan. Dia juga mengaku salah kerana mementingkan diri sehingga mengambil bungkusan tersebut dan berjanji bahawa perkara itu tidak akan berulang lagi.

Keluarga itu bersyukur untuk mendapatkan semula bungkusan milik mereka

Walaupun Kojima tidak mahu membuat andaian mengenai pencuri itu, dia memberitahu Babble bahawa dia tidak pasti akan keadaan sebenar orang itu. Dia hanya berharap agar lelaki itu mendapat pengajaran atas apa yang dilakukannya.

Kredit : Era Baru

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *