Netizen Persoal Mengapa Peniaga Ini Ditahan Gara² Halang 2 Pencuri, Rupa-Rupanya…

| December 10, 2017 | 0 Comments

Netizen Persoal Mengapa Peniaga Ini Ditahan Gara² Halang 2 Pencuri, Rupa-Rupanya… | BISKUT MANIS – Berikutan seorang peniaga yang bergelut melawan 2 pencuri barangan diwarungnya, Peniaga ini ditahan  selepas dia sendiri membuat report dan netizen rata-rata mempersoal mengapa dia ditahan gara-gara mempertahankan hak miliknya, namun bila disiasat rupanya…baca dan kongsikan.

Suspek ditahan selepas buat report

PERMATANG PAUH 11 Dis. – Polis menahan seorang peniaga berusia 33 tahun susulan kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemukan di hadapan sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, suspek ditahan selepas membuat laporan di Balai Polis Seberang Jaya sejurus selepas kejadian.

Menurutnya, berdasarkan keterangan suspek, dia berada di rumah sebelum menerima panggilan daripada kakaknya pada pukul 6.12 petang memaklumkan ada dua lelaki sedang memanjat pagar warung di Jalan Jelawat 4.

Berlaku Pergelutan

“Suspek yang datang ternampak dua lelaki sedang memunggah barang ke dalam kereta dari warung berhampiran dan bertindak menghalang di hadapan kereta yang dinaiki lelaki terbabit serta merampas kunci kereta itu.

” Salah seorang lelaki yang berada di dalam kereta itu memegang baju suspek sebelum seorang lagi lelaki menerpa ke arahnya sehingga berlaku pergelutan dengan dua lelaki berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, kedua-dua lelaki itu berjaya meloloskan diri dan salah seorang lelaki itu melarikan diri dalam keadaan berdarah dan memegang pemotong besi ke arah stesen minyak yang terletak di seberang lebuh raya di hadapan warung itu.

Mayat Salah Seorang Mangsa Ditemui

Jelas Nik Ros Azhan, mayat mangsa ditemukan di dalam longkang di hadapan stesen minyak itu dengan kesan kecederaan di bawah dada sebelah kiri, satu luka di bahagian atas kepala dan satu lagi di pergelangan tangan sebelah kanannya.

” Mangsa dikenali sebagai S. Prince Jevadurai, 30 dan beralamat di Bertam Indah dekat Kepala Batas.

” Mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Seberang Jaya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh” ujarnya.

Sumber : UTUSAN ONLINE

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *