Isu Baitulmaqdis. Ini RESPON Anggota PBB Buat Trump Makin RESAH !!!

| December 12, 2017 | 0 Comments

Isu Baitulmaqdis. Ini RESPON Anggota PBB Buat Trump Makin RESAH !!! | BISKUT MANIS – Seperti yang dijangka, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Security Council – UNSC) sebulat suara mengecam kenyataan Trump yang mengiktiraf Jerusalem/Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Sebuah resolusi akan diusul selepas perjumpaan Liga Arab dan OIC pada minggu ini.

UNSC terdiri daripada 5 anggota tetap (US, Rusia, China, UK, Perancis) dan 10 anggota tidak tetap (Belanda, Bolivia, Ethiopia, Itali, Jepun, Kazakhstan, Mesir, Senegal, Sweden, Ukraine dan Uruguay).

Susulan kecaman UNSC, Nikki Haley, duta US ke PBB menegaskan bahawa “US has not advocated changing any of the arrangements at the Temple Mount/Haram al-Sharif. The president specifically called for maintaining the STATUS QUO at the holy site”. Trump yang makan, Haley pula yang basuh pinggan.

APA AKAN JADI KALAU TIADA UNDANG2 ANTARABANGSA?

“La… itu semua wayang je… PBB kan boneka Zionis-Freemason-Illuminati… tu semua undang-undang buatan manusia dibuat untuk kaburi mata dunia.”

Pernahkah anda terfikir, sekiranya tidak wujud undang-undang antarabangsa dan so-called komuniti antarabangsa (“international community”), Israel sudah pun memiliki Jerusalem secara sah selama 50 tahun sejak 1967.

Macam zaman dulu-dulu Mongol nak menakluk Baghdad atau Tentera Salib nak menakluk Baitulmaqdis, mereka tak perlu persetujuan daripada sesiapa.“Might is right”. Siapa kuat dia benar.

Undang-undang antarabangsa tidak diwujudkan untuk mengeksploit umat Islam seperti naratif teori konspirasi. Undang-undang diwujudkan untuk membela pihak yang lebih lemah.

Kalau nak menegakkan keadilan melalui perlawanan “brute force”, tentera Arab (gabungan Mesir-Syria-Jordan) ketika tahun 1967 yang berada dalam keadaan paling “fit” pun dikalahkan oleh Israel, apatah lagi dengan keadaan hari ini yang berpecah, lemah dan mundur dari segi teknologi dan strategi.

ISRAEL MAIN TAKTIK KOTOR

Tapi kerana adanya sistem PBB, segengster-gengster Israel pun tak berani langgar Resolusi UNSC ke-478 tahun 1980.

Maka Israel main taktik kotor iaitu memperluaskan penempatan (“settlement”) Yahudi di Jerusalem Timur dan Tebing Barat dengan harapan ia akan mengubah demografi penduduk di Jerusalem Timur dan Tebing Barat dan membolehkan Israel menjadi pemilik kawasan tersebut secara sah menurut undang-undang antarabangsa.

Namun perancangan Israel terganggu dengan Resolusi 2334 Disember 2016 yang mengecam penempatan Israel. Netanyahu punya bengang sampai menggantungkan hubungan kerja dengan beberapa anggota UNSC yang menyokong resolusi tersebut.

Kalau undang-undang antarabangsa tidak berkesan, tak perlulah dia bengang.

Hakikatnya undang-undang dan rejim antarabangsa telah membentuk satu “normative constraint” ke atas tindak tanduk negara. Ini adalah hujah konstruktivisme dalam teori hubungan antarabangsa (ayat ini ditujukan kepada pelajar IR, kalau tak faham pun tak apa).

Perasan tak sebelum Perang Iraq, kedua-dua pihak Bush dan Saddam merayu kepada PBB walaupun mereka tahu perang tak dapat dielakkan, kerana mereka sedar PBB itu mempunyai autoriti dan “moral ground” yang lebih tinggi.

Masalah PBB ialah ia kurang berkesan (“ineffective”), bukannya tidak berguna (“useless”). Resolusi tidak dapat dikuatkuasakan kerana tidak wujud penguatkuasa (“enforcer”) mutlak di peringkat antarabangsa.

MASING2 NAK LINDUNGI SEKUTU

Tiada satu kuasa besar yang mampu menguatkuasakan undang-undang sebagaimana kerajaan menguatkuasakan undang-undang di dalam negara. Yang ada hanya beberapa kuasa besar yang setara dari segi kekuatan.

Di UNSC, kelima-lima anggota tetap mempunyai kuasa veto untuk menghalang penguatkuasaan resolusi. Resolusi hanya dapat jalan sekiranya wujud konsensus di kalangan kuasa-kuasa besar.

Jadi selalunya resolusi melibatkan kecaman ke atas Syria atau Korea Utara akan diveto oleh Rusia dan China, manakala resolusi melibatkan kecaman ke atas Israel akan diveto oleh US. Masing-masing nak melindungi sekutu mereka.

Walaupun konsensus sukar dicapai, tapi bukannya tak mungkin dicapai.

Ia bergantung kepada imbangan kuasa (“balance of power”) dalam kalangan kuasa-kuasa besar.

Macam baru-baru ini, keadilan ditegakkan apabila Ratko Mladic, pemimpin kaum Serb semasa Perang Bosnia (1992-1995) disabitkan kesalahan jenayah perang oleh Tribunal Jenayah Antarabangsa.

Kalau Perang Bosnia berlaku pada hari ini, agak mustahil untuk penjenayah Serb dan Serbia ditahan dan dibicara kerana Rusia pasti akan menghalangnya.

Tapi kerana “balance of power” ketika 1990-an memihak kepada US, maka US boleh “push” untuk membela Bosnia. Walaupun niat sebenar US adalah lebih kepada memperluaskan kepentingan geopolitiknya di kawasan Balkan, bukannya atas faktor kemanusiaan.

Ada kalanya US bertindak “unilateral” seperti hari ini, ada kalanya bertindak “internationalist” seperti di era Clinton dan Obama. Negara-negara kecil perlu menari mengikut rentak kuasa-kuasa besar demi membela nasib sendiri.

MASALAH UMAT ISLAM HARI INI IALAH

Masalah dengan umat Islam hari ini ialah kita tak tahu cara untuk memain “balance of power”, dan tak reti nak “manoeuvre” pertembungan kepentingan kuasa-kuasa besar sebagai “advantage”, jauh berbeza dengan Israel.

Itu sebabnya ada pentingnya umat kita belajar untuk memahami realiti sistem dunia dan belajar untuk menelaah isu-isu dunia secara realis. Bila kita “overlook” benda-benda macam ini, Yahudi lah yang akan mengambil kesempatan ke atasnya.

*untuk memahami UN dengan lebih kritis, sila merujuk buku Paul Kennedy berjudul “The Parliament of Man: The Past, Present and Future of the United Nations” (2006).

Untuk ketahui cara-cara nasib Palestin boleh ditegakkan melalui undang-undang antarabangsa, sila merujuk buku Richard A. Falk berjudul “Palestine: The Legitimacy of Hope” (2014) dan “Palestine’s Horizon: the Struggle for a Just Peace” (2017)

p/s: sebelum kata undang-undang antarabangsa tidak relevan dan tidak penting, harus sedar bahawa pengasas undang-undang antarabangsa moden, Hugo Grotius dipengaruhi oleh tulisan Muhammad al-Shaybani, anak murid Imam Abu Hanifa.

Sumber : Ayman Rashdan Wong Via AmazingNara

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *