Isu Baitulmaqdis Belum Reda. Terkini Trump BERANI Isyhtihar Pula Tembok Barat Milik Israel !!!

| December 16, 2017 | 0 Comments

Isu Baitulmaqdis Belum Reda. Terkini Trump BERANI Isyhtihar Pula Tembok Barat Milik Israel !!! | BISKUT MANIS – SEJAK menduduki rumah Putih, Donald Trump tidak habis-habis membuat onar dan menyakitkan hati banyak orang di seluruh dunia, terutamanya umat Islam.

 

Terkini, Presiden Amerika Syarikat itu sengaja mencabar – agaknya untuk menguji dan mengacah – umat Islam dengan kenyataannya mengenai Baitulmaqdis.

Seperti yang diketahui dunia, pada 6 Disember, Trump mengumumkan untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Mudah betul si Trump membuat arahan! Langsung tidak menghormati PBB, tidak akur pada undang-undang antarabangsa. Dan, tidak prihatin terhadap perasaan umat Islam.

DIA INGAT DIA BESAR SANGAT KE?

*PEMIMPIN dunia, termasuk yang bukan Islam, mengutuk Trump. Protes dan tunjuk perasaan diadakan di sana-sini. Ada yang membakar gambar Trump, ada yang memijak wajah Presiden AS itu.

Tetapi orang bongkak, riak, keras hati, kepala batu seperti Trump – sesetengah orang menyebutnya ‘Trumpah’ – tidak ambil peduli pun terhadap kutukan dan sumpahan dunia.

Kita boleh bakar gambar dia, boleh pijak, boleh ludah, hatta kalau marah sangat boleh kencing pun atas gambar dia.

Tetapi si Trumpah tidak makan saman, tidak makan sumpah. Dia hanya tersenyum dengan senyuman yang jelik itu, sambil berkata: “Ada aku kisah!”

*DI tempat kita kemarahan terhadap Trump terus membara. Almaklumlah sentimen kita terhadap Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa sentiasa tinggi.

Selama ini pun kita sentiasa melihat, membaca dan mendengar berita mengenai masjid dan kota suci itu sentiasa dikawal ketat oleh tentera Yahudi. Umat Islam hendak solat di situ pun ditakut-takutkan dengan mesingan.

Kurang ajar dan berani sungguh puak Zionis mengawal ketat umat Islam yang hendak mengimarahkan Masjid Al-Aqsa. Kini dengan deklarasi Trump, makin naik kepala dan kurang ajarlah si Zionis itu.

Sebab itu orang kita pun mengadakan perarakan sebagai protes terhadap Amerika Syarikat. Kita patut melakukan lebih dari sekadar tunjuk perasaan.

Kerajaan mungkin tidak akan memutuskan hubungan diplomatik dengan AS. Almaklumlah, hubungan dengan negara besar itu telah terjalin sejak sekian lama.

*BIARLAH hubungan G2G – kerajaan dengan kerajaan dikekalkan. Lagi pun sehebat-hebat  dan sebusuk-busuk Trump dia tidak akan lama di situ.

Lebih-lebih pun dua penggal, lepas itu dia kena halau dari Rumah Putih. Kalau nasib dia tidak baik, mungkin tidak bertahan dua penggal, dia disingkirkan dari kerusi presiden.

Tetapi ada Trump atau tiada Trump, seluruh rakyat khasnya orang Islam, boleh secara bersendiri bertindak untuk mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa.

Tidak perlu bawa mesingan atau bom, kita boleh mengajar Trump dengan memboikot barangan dan perkhidmatan AS. Tolak jenama AS, walaupun tiada gambar Trump.

Baik ayam goreng, burger, kopi, buah, sayur, kasut, baju, pewangi, kenderaan – apa sahaja yang asal AS – kita ketepikan. Ada banyak lagi produk termasuk buatan tempatan, yang sama baik dengan keluaran negara Trump.

MULAKAN BOIKOT MAKANAN,MINUMAN DAN BUAH TRUMP SEKARANG!

*PERTUBUHAN Negara-Negara Islam @ OIC menggesa masyarakat antarabangsa mengiktiraf Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara Palestin.

Deklarasi Istanbul yang dicapai hasil Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC menegaskan, apa juga cara perlu dilakukan untuk mempertahankan kota suci milik Palestin itu.

Mudah-mudahan Deklarasi Istanbul dapat mewujudkan kesedaran dan perpaduan sebenar ummah dalam menghadapi kesombongan Trump.

Dalam pada itu, marilah kita sama-sama berdoa agar Masjid Al-Aqsa terus dikekalkan kesuciannya. Doakan juga agar semua masjid dan surau kita di seluruh negara penuh dengan jemaah setiap waktu.

Apabila masjid dan surau kita penuh, barulah orang lain hormat pada kita.

Namun terbaru satu kenyataan dari pihak pentadbiran AS mendedahkan Trump bakal memisyhtiharkan pula Tembok Barat sebahagian dari Israel.

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memberi isyarat Tembok Barat atau Tembok al-Buraq di Baitulmaqdis akan menjadi sebahagian daripada Israel.

Pengumuman itu dibuat dua pegawai kanan Rumah Putih, kelmarin di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat.

Kedua-dua pegawai yang enggan identiti mereka didedahkan turut menolak sebarang senario yang tidak mengekalkan kawalan Israel ke atas kawasan itu yang juga dikenali sebagai Tembok Ratapan.

“Seperti yang dikatakan presiden, sempadan khusus kedaulatan Israel akan menjadi sebahagian daripada perjanjian status akhir. Kami tidak boleh membayangkan Israel akan menandatangani perjanjian damai tanpa Tembok Barat,” kata salah seorang daripada mereka.

Dalam perkembangan berkaitan, tentera rejim Zionis menembak mati empat penduduk Palestin manakala lebih 150 lagi cedera terkena tembakan peluru hidup ketika protes berterusan di wilayah Gaza dan Tebing Barat. – Agensi

Sumber : SinarHarian

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *