Video & Punca Sebenar Kemalangan Maut Di LDP !!!

| September 12, 2017 | 0 Comments

Video & Punca Sebenar Kemalangan Maut Di LDP !!! | BISKUT MANIS – Seorang lelaki maut manakala rakannya parah apabila kereta yang dia naiki bertembung dengan lori yang hilang kawalan di KM 22.7 Lebuhraya Damansara-Puchong kira-kira jam 6:44 pagi tadi.

LORI HILANG KAWALAN

Saksi-Saksi kejadian menegaskan bahawa lori pasir yang di pandu oleh Luo Li tidak terkawal sehingga menghantam arah yang bertentangan, menyebabkan pemandu kereta terperangkap di tempat kejadian.

Meskipun kemalangan kereta berlaku pada pukul 6 pagi tadi, lalu lintas jalan berkenaan menyebabkan  jalan jem kira-kira 10 km panjang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu.

BERLAKU KEBAKARAN ENJIN

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati berlaku kebakaran kecil di bahagian enjin kereta berkenaan yang berjaya dipadamkan beberapa minit kemudian.

“Mangsa yang juga pemandu kereta terbabit, Lim Ji Qin disahkan maut di lokasi kejadian, manakala rakannya, Tan Zi Xuan, 27, parah,” katanya.

Mohd Sani berkata, pemandu lori itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes terbabit diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Video Berkenaan :

Puchong LRT ေအာက္မွာ အခု

Posted by Myo Min Htun on Tuesday, September 12, 2017

Kredit : EBerita

Tags: , , , ,

Category: Ngeri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *