Tanam Jenazah Pakcik Tua, Pelik Tiap Pagi Jumpa Tanah Kubur Keliling Rumah, Rupa-Rupanya…

| September 6, 2017 | 0 Comments

Tanam Jenazah Pakcik Tua, Pelik Tiap Pagi Jumpa Tanah Kubur Keliling Rumah, Rupa-Rupanya… | BISKUT MANIS – Mungkin ramai yang pernah mendengar mitos kalau seekor kucing melompat ke atas sekujur mayat,mayat tersebut akan hidup semula.

Tapi kisah yang di kongsi oleh seorang wanita yang di kenali sebagai Nadia Mcwillson ini pula berbeza apabila mayat dikatakan bangkit kerana menuntut ilmu hitam.

KETURUNAN HANTU BANGKIT

Menurut beliau kisah ini berlaku di antara tahun 1998 -1999 di kuching serawak.

Kejadian dikatakan bermula apabila seorang pakcik dikatakan pernah meninggal beberapa tahun lalu namun tiba-tiba hidup semula, hal ini dikuatkan dengan cerita orang kampung yang mendakwa lelaki tersebut kononnya berketurunan hantu bangkit.

Waktu itu saya baru balik mengaji petang, then ada pengumuman di surau kata arwah pakcik ni meninggal dan orang kampung semua time tu kecoh, sebab beberapa tahun sebelum tu pakcik ni pernah meninggal tapi hidup semula. Ya, dia mati lepastu hidup semula.

Ramai yang cakap arwah ni hidup semula sebab keturunan dia dari hantu bangkit, try google pasal hantu ni memang famous kat kuching,katanya.

ELEKTRIK TERPUTUS MAYAT PAKCIK HILANG

Keadaan di kampung yang tidak dinamakan itu menjadi menyeramkan apabila satu kampung dikatakan terputus bekalan Elektrik, mayat yang bakal dikuburkan pada malam tersebut juga tiba-tiba hilang.

Dia amal ilmu, so macam normal lah kan,jadi bila dia meninggal kali ini ramai yang ketakutan.

dia meninggal dalam waktu asar, saya ingat lagi bapak saya pergi ziarah jenazah dan mak bagi tahu jenazah akan dikubur malam tu jugak.

Dan tau apa yang berlaku? waktu magrib tiba-tiba lampu padam kt seluruh kampung dan semua orang ketakutan sebab bila periksa keranda, jenazah dah tak ada.

NAMPAK ARWAH HISAP ROKOK

Dan time tu kecoh sebab ramai orang cakap ada nampak arwah kat masjid macam biasa, tengah hisap rokok sama macam apa yang arwah buat waktu hidup dulu.

Masa lampu padam tu ramai yang cakap terserempak arwah kat kampung tu, memang semua kecoh dah.

Dan dalam jam 9 macam tu, elektrik dah ada balik, kejutannya adalah jenazah ada balik dalam keranda. Masa tu semua orang cepat-cepat uruskan jenazah, terus dibawa ke kubur dan di tanam malam tu jugak.

ARWAH BALIK RUMAH SELEPAS SEMALAM DITANAM

Selesai je majlis tahlil apa semua, malam esoknya satu kampung kecoh arwah balik kerumah. Dia melawat ke hampir semua rumah rakan-rakannya dan salah sebuah rumah yang dia datangi ialah rumah kami.

Arwah balik kerumah buat macam biasa dia buat ketika hidup, keluarga dia pun dah tau kalau arwah keturunan hantu hidup. isteri dia pun masih bagi dia makan apa semua dan yang seronoknya dia pergi kerumah kawan-kawan dia.

SUKA KETUK PINTU BAGI SALAM

Banyak rumah dia ketuk siap bagi salam lagi, termasuk rumah kami.

Saya ingat lagi, pintu rumah bergegar macam ada orang goncang dan kucing-kucing kami yang 6 ekor semua mengeluarkan suara macam gaduh.

Jadi bapak cakap mesti kawan dia yang meninggal tu, dia berdiri dekat depan pintu dan menjerit Aku nak tidur kau datang esok!

Esok subuh mak buka pintu nak kesurau rumah kami di kelilingi tanah kubur,bukan rumah kami je banyak lagi rumah yang macam tu.dan semua cakap pintu rumah diorang berguncang macam tu.

MINTA BANTUAN PAWANG NAMUN SESUATU TERJADI PADA JASAD

Bagaimanapun menuru Nadia,orang kampung berkenaan turut meminta bantuan pawang dari Indonesia untuk menghalau arwah pulang semula ke tempat asalnya, arwah menolak hingga tubuh mayat tersebut mereput secara berlahan-lahan.

Gangguan berkenaan berlanjut dalam tempoh tiga ke empat bulan sehingga semua reda.

Namun akibat trauma dan mulut orang kampung yang mengata buruk tentang arwah, keluarga arwah terpaksa pindah dari kampung tersebut kerana di pinggirkan warga.

Kredit : EBerita

Tags: , , , , , ,

Category: Ngeri

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *