(VIDEO) PELIK Tiada Anak Tapi Ditahan Polis Sebab Kereta Tak Ada ‘Car Seat’ Bayi, Apa Polis Bagi Tau Buat Lelaki Ni TERKEJUT !!!

| June 12, 2017 | 0 Comments

(VIDEO) PELIK Tiada Anak Tapi Ditahan Polis Sebab Kereta Tak Ada ‘Car Seat’ Bayi, Apa Polis Bagi Tau Buat Lelaki Ni TERKEJUT !!! | Dua anggota polis menahan kereta lelaki ini bersama isterinya di dalam kereta tersebut. Salah seorang menanyakan khabar lelaki ini yang baru keluar dari hospital beberapa hari lepas. Seakan gementar dan ingin tahu kesalahan apa yang telah beliau lakukan. Sambil berkata “ Saya tidak mahu menipu. Katakan sahaja”.

Anggota polis itu pun berkata, “ Sebab saya menahan awak ini kerana awak membawa bayi dalam kereta  ini dengan tiada tempat duduk bayi.”

Tercengang dan bingung, lelaki ini berkata, “Bayi? Mana ada bayi dalam kereta ini. Saya tiada anak dalam kereta ini.” Sambil diperhatikan isterinya yang memegang alat ujian kehamilan yang menunjukkan tanda positif, dan diperhatikan oleh dua anggota polis itu dengan senyuman sambil bertanya “awak pasti, awak positif ke tiada?”

Isterinya memandang suaminya dan berkata “ Kita memang ada anak dalam kereta ini dengan tiada tempat duduk bayi.”

Dengan perasaan tidak percaya lelaki itu bertanya lagi “kamu pasti?”. Isterinya menjawab “ya” dengan perasaan gembira dan disaksikan detik dan kejutan oleh dua anggota polis itu yang turut bergembira menerima berita itu sambil berkata “Maknanya kamu akan menjadi ayah tidak lama lagi, kawan.”

Sambil melihat reaksi lelaki tersebut, anggota polis itu berkata “ Saya mahu beritahu awak ini, Todd itu nama yang baik.” Lalu meminta anggota polis yang seorang lagi menghulurkan bungkusan hadiah pada lelaki ini.

Si suami ini membuka bungkusan tersebut, dengan satu patung beruang tertulis ‘Ayah, kita jumpa di hari lahir kamu’ bermakna isterinya akan bersalin pada tarikh hari lahirnya kelak. Dan kemudian mengeluarkan T-shirt tertulis ‘Saya sayang ayah saya yang hebat’.

Kedua-dua anggota polis itu mengucap tahniah lalu beredar setelah berjaya berkomplot dengan isteri lelaki ini memberikan misi kejutan berhasil.

Isterinya bertanya, “Bagaimana perasaan awak?” Beliau berkata “Saya sangat gembira” sambil ketawa kecil. “ Isterinya bertanya lagi , “Awak okay?” dan beliau menjawab “Ya!”

Siapa yang tidak gembira apabila menerima kejutan seperti ini.  Tahniah kerana bakal menjadi ayah tidak lama lagi.

Kredit : EraBaru

P.S. 1 – [Video] Buat 5 Ujian Ini Dan Korang Tergolong Dalam Orang “Rare” Di Dunia !!!
P.S. 2 – Selepas 25 Tahun Bandar Ini Di Tenggelami Banjir..Apa Ditemui Bila Kering Sangat MENGEJUTKAN !!!
P.S. 3 – Inilah Sebab Kenapa Ubat Tablet Ada Pelbagai Jenis Bentuk Serta Warna Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 4 – Tahukah Anda,7 Kegunaan Menarik Soda Bikarbonat Di Rumah Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 5 – Gara-Gara Minum Air Rebusan Jagung..Doktor Terkejut Lihat Apa Jadi !!!

Tags: , , , ,

Category: Karya Kreatif

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *