Kes Kesilapan Jenazah Mualaf Dibakar Jadi Abu, Ini RESPON Pengarah Kesihatan !!!

| June 4, 2017 | 0 Comments

Kes Kesilapan Jenazah Mualaf Dibakar Jadi Abu, Ini RESPON Pengarah Kesihatan !!! | Unit Forensik Hospital Kajang dilaporkan tersalah serah jenazah lelaki mualaf kepada sebuah wakil badan kebajikan di mana jenazah berkenaan telah disempurnakan mengikut ajaran Buddha.

Lapor Harian Metro, apa yang lebih menyedihkan, jenazah Lin Ah San @ Lim Ah San atau nama Islamnya, Hassan Abdullah, 74, telah dibakar dan hanya abu yang tinggal.

Difahamkan, nama Lin Ah San @ Lim Ah San dikatakan hampir sama dengan nama Chu Kim San, 70-an yang turut ditempatkan di unit forensik hospital tersebut.

Pengerusia Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd Azmi Md Zain berkata, kekeliruan itu berlaku apabila ada dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama, dipercayai punca pengurusan unit forensik tersalah serah mayat.

Menurutnya, lelaki mualaf yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah meninggal dunia di Hospital Kajang akibat sakit tua dan pihaknya dimaklumkan mengenai kematian itu jam 10 pagi semalam.

“Wakil kami pergi ke Unit Forensik Hospital untuk menutut mayat. Namun pihak pengurusan unit forensik memaklumkan beberapa prosedur perlu dilakukan untuk menuntut mayat terbabti dan dijangka mengambil masa,”katanya.

Namun mereka menyedari berlaku kesilapan pada jam 3 petang semalam apabila mendapati jenazah itu sudah tiada dan dimaklumkan telah diserahkan kepada wakil sebuah badan kebajikan kerana keliru dengan nama kedua-duanya yang hampir sama.

Apabila pihak hospital menghubungi pengurusan rumah kebajikan itu, mereka memaklumkan mayat terbabit sudah dibakar.

“Pihak hospital sudah menyerahkan abu mayat lelaki mualaf itu kepada kami jam 12 tengah hari untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang,” katanya yang turut membuat satu laporan polis di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, jurucakap Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata, pihaknya masih menyemak status kes ini dan akan memaklumkan perkembangan lanjut sebaik mendapat maklumat lengkap berhubung kejadian itu.

RESPON KETUA PENGARAH KESIHATAN

TINDAKAN tegas akan diambil terhadap kakitangan yang tidak mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) hingga menyebabkan berlakunya kesilapan penyerahan mayat seorang lelaki mualaf, Lim Ah San atau nama Islamnya Hassan Abdullah, 74.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kejadian itu tidak sepatutnya berlaku di sebarang hospital kerana ada garis panduan dan SOP ditetapkan untuk hospital dan Unit Forensik, termasuk prosedur penyerahan mayat kepada waris.

“Kementerian Kesihatan sangat kesal dan memandang serius insiden ini. Ia tidak wajar berlaku di mana-mana hospital.

“Pihak hospital dan Unit Forensik sudah mempunyai garis panduan dan SOP Perubatan Forensik yang menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, hari ini.

Harian Metro hari ini, melaporkan berlaku kekeliruan berikutan dua nama mayat yang hampir sama menyebabkan berlaku kesilapan ketika urusan menuntut mayat lelaki mualaf itu kelmarin.

Akibat kekeliruan itu, mayat Hassan yang juga penghuni Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, dibakar di sebuah pusat pengurusan mayat di Cheras.

VIDEO BERKENAAN :

#Kajang #update إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ Jenazah lelaki mualaf, Hassan Abdullah, 74 atau nama asalnya Lim Ah San disempurnakan mengikut cara Islam dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, semalam. Kelmarin, Unit Forensik Hospital Kajang tersalah serah jenazah itu kepada badan kebajikan dan jenazahnya disempurnakan mengikut ajaran Buddha.

Posted by Harian Metro on Sunday, June 4, 2017

Kredit : HarianMetro

P.S. 1 – Sangka Ibu Bapa Tidur..Rupa-Rupanya..
P.S. 2 – Doktor PELIK Tiga Kali Mengandung Tiga Kali Keguguran,Rupa Rupanya Suami..
P.S. 3 – (VIDEO) Patutlah Nabi Larang Simpan Patung Dalam Rumah, MEREMANG BULU ROMA !!!
P.S. 4 – Misteri Teknologi Digunakan Nabi Nuh Untuk Membina Bahtera Yang Disembunyikan USA !!!
P.S. 5 – 5 Kegunaan Gel Silika Yang Anda Tak Tahu, Lebih Baik Jangan Buang !!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *