Inilah SEBAB Kenapa Dua Warga Australia Mencari Kanak-Kanak Bergelang Merah Jambu Sehingga Ke India !!!

| June 13, 2017 | 0 Comments

Inilah SEBAB Kenapa Dua Warga Australia Mencari Kanak-Kanak Bergelang Merah Jambu Sehingga Ke India !!! | Baru-baru ini Chris Bay dan isterinya Jess melawat India tetapi ia bukanlah satu percutian biasa pada bulan Disember. Mereka berada di sana kerana mempunyai satu misi iaitu untuk mencari seorang gadis dan keluarganya. Sebelum ini, mereka mendapat tahu tentang gadis ini melalui Google map. Kemudian, seorang lelaki, Dick Smith menunjukkan Chris sebuah gambar yang dirakamkannya.

Gambar tersebut memperlihatkan sebuah keluarga gelandangan yang hidup di bawah jambatan termasuklah seorang gadis yang tidak memakai apa-apa melainkan gelang berwarna merah jambu di pergelangan tangannya.

Dick berharap agar Chris dan Jess pergi ke Vadovara (tempat gambar tersebut dirakamkan) dan mencari keluarga tersebut, kerana beliau ingin membantu keluarga itu mendapatkan penempatan, pendidikan buat gadis tersebut serta mewujudkan akaun bank bagi memudahkan wang disalurkan kepada keluarga malang itu. Ayuh baca kisah menarik Chris dan Jess.

Dick Smith sedang menunjukkan gambar tersebut

Mereka perlu menempuh perjalanan untuk sampai ke destinasi ini menerusi lokasi di Google Maps. Malangnya, tiada seorang pun yang sama seperti keluarga gadis berkenaan.

Mereka berlepas ke India di mana pengembaraan mereka bermula di Vadodara.

Penyambut tetamu di hotel tempat mereka menginap menjadi penterjemah  bahasa Inggeris ke bahasa Hindi bagi membantu mereka mencari gadis bergelang merah jambu terbabit.

Pada hari kedua, mereka menjumpai jambatan tersebut tetapi mereka tidak boleh berkomunikasi dan  tidak boleh mengecam sesiapa daripada gambar itu.

Mereka berjalan ke bank berhampiran di mana mereka mengenali pengurus bank berkenaan. Kemudiannya, mereka diperkenalkan kepada Dr. Chellani yang membantu mereka melaksanakan misi mereka.

Mereka mula mengedarkan gambar tersebut, dan terdapat seorang wanita yang mengenali gadis bergelang merah jambu itu. Beliau kemudian membawa Chris dan Jess kepada ibu gadis terbabit.

Akhirnya, mereka menjumpai gadis itu!

Nama gadis malang ini adalah Divya. Beliau sebenarnya seorang yang pemalu dan kelihatan agak takut namun mereka meyakinkannya, memberitahunya cerita sebenar dan gambar tersebut yang diambil daripada sebuah stesen kereta api.

Keluarga tersebut telah menetap di bawah jambatan selama 12 tahun.

Divya dilahirkan dan dibesarkan di sini. Bapanya bekerja sebagai buruh dan tidak mampu untuk menyediakan rumah yang selesa buat keluarganya.

Mereka turut mempunyai 3 orang anak. Mereka memutuskan untuk menunggu bapa Divya pulang bagi membincangkan bantuan yang mereka ingin sampaikan.

Pada tengah hari, mereka berkumpul di bank. Bapa Divya ternyata bekerja keras tetapi tidak juga mampu memberikan keperluan yang mencukupi. Bagi Chris, mereka merupakan sebuah keluarga yang sempurna: ingin dan mampu bekerja selain suka membantu.

Mereka menunjukkan gambar Dick dan Pip, iaitu pasangan yang bertanggungjawab menemukan perjumpaan yang bermakna ini, kepada keluarga tersebut. Mereka ingin Divya dibantu dalam aspek pendidikan, rumah dan kerja yang baik untuk bapa Divya supaya beliau dapat menyara keluarganya.

Mereka membuat akaun bank Divya dengan ibunya bertindak sebagai penjaga supaya Dick dapat menyalurkan wang pada setiap bulan.

Ekoran mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan tidak boleh menandatangani perakuan untuk akaun bank tersebut, maka cap jari digunakan sebagai alternatif.

Sebuah kontrak rasmi disambungkan kepada akaun terbabit di mana wang tersebut boleh digunakan untuk membayar sewa dan membiayai pendidikan.

Kontrak tersebut juga menyentuh kepada wang terbabit disediakan untuk tempoh minimum 2 tahun, kemudian ia boleh dipinda semula (walaupun asalnya rancangan itu untuk tempoh 10 tahun).

Dana untuk persekolahan Divya akan dihentikan sekiranya Divya tidak menghadiri persekolahan.

Mereka membayar deposit untuk tempoh 3 bulan kepada pihak bank

Oleh kerana Chris dan Jess tidak berkomunikasi dalam bahasa Hindi, dan keluarga Divya juga tidak boleh berbahasa Inggeris, Chris merakamkan gambar barangan yang ingin dibeli menggunakan kamera telefon bimbitnya bagi memudahkan ibu Divya.

Divya juga mendapat alat tulis dan kelengkapan persekolahan! Beliau akan bermula dalam kelas 3, kemudian ke kelas 4 tahun berikutnya. Seorang tutor diperlukan untuk mengajar Divya supaya beliau dapat mengejar pembelajaran yang tertinggal.

Selepas melaksanakan misi mereka, Chris dan Jess mula menuju ke lapangan terbang untuk berangkat pulang.

Kredit : EraBaru

P.S. 1 – Jangan Berani Memiliki Kereta Kalau Tak Tahu 31 Perkara Penting Ini Terutamanya No 23 !!!
P.S. 2 – Banduan Ini Kuat ‘Makan’. Apa Yang Dimakannya Pasti Mengejutkan Anda !!!
P.S. 3 – Kisah Benar Cikgu Diseksa Ketika Koma Sebelum Ke Mekkah..Terkejut Ini Puncanya !!!
P.S. 4 – (VIDEO) Kejadian Aneh Kubah Hijau Masjid NABI MUHAMMAD SAW Bertukar Warna Merah !!!
P.S. 5 – Ayam Ini Masih Boleh Hidup Setahun Lebih Tanpa Kepala, Puncanya Buat Ramai TERPANA !!!

Tags: , , ,

Category: Rekod Dunia

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *