Lagi Kes Dera Bayi Oleh Pengasuh..Kecederaan Dialami Bayi 5 Bulan Hingga Koma !!!

| December 20, 2016 | 0 Comments

Lagi Kes Dera Bayi Oleh Pengasuh..Kecederaan Dialami Bayi 5 Bulan Hingga Koma !!! |KUCHING – Seorang bayi lelaki dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat kecederaan parah di kepala dipercayai didera oleh pengasuh, lapor Borneo Post.

-gambar hiasan-

Mangsa yang berusia lima bulan dikejarkan ke HUS oleh ibu bapanya selepas mangsa tiba-tiba tidak sedarkan diri kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa kemudian diberikan rawatan kecemasan sebelum dimasukkan di ICU Kanak-Kanak untuk rawatan lanjut.

Pemeriksaan awal mendapati, mangsa mengalami kecederaan otak dan terdapat kecederaan daging otak serta pendarahan dalam mata dipercayai didera.

Menurut ibu bapanya, mangsa diletakkan dalam jagaan pengasuh di sebuah rumah di Matang.

Ekoran kejadian itu, Pegawai Perubatan HUS mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan, mengesahkan menerima laporan tersebut dan siasatan berhubung kejadian itu sedang dijalankan.

“Mangsa berada dalam keadaan koma dan belum stabil. Siasatan juga sedang dijalankan dan belum ada sebarang tangkapan yang dibuat,” katanya.- Borneo Post

 

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *