Ajak Mak Pergi Shopping, Beria-Ria Mak Seronok..Rupanya Ini Helah Anak Buat Mak Menangis…

| November 2, 2016 | 6 Comments

Ajak Mak Pergi Shopping, Beria-Ria Mak Seronok..Rupanya Ini Helah Anak Buat Mak Menangis… |Selama ni saya selalu terbaca tentang ketidakpuasan hati terhadap mak mertua. Saya tampil untuk meluahkan.
Mempunyai seorang anak lelaki yang di tatang bagai minyak yang penuh. Apabila sudah berkahwin dan mempunyai anak, semuanya berubah sedangkan masa si anak susah, mak lah yang menolong.

capture

-gambar hiasan

Mak tak pernah harapkan harta si anak dari segi belanja dapur, sewa rumah, pakaian dan makan semuanya mak tanggung. Sekali pun si mak tidak mengharapkan balasan namun si menantu tidak pernah nampak semua itu. Mak lah masak, mak lah basuh baju,serba serbi mak yang buat. Tidak cukup dengan itu. Si menantu makan pun tak basuh pinggan. Letak je dalam singki,buat makanan untuk anaknya pun langsung tak di basuh.

Apabila si mak bersuara, anak dan menantunya terus keluar dan makan di luar. Bila perbalahan mula terjadi,si anak dan menantu tarik muka. si mak nak bermain dengan cucu pun sanggup di larang.si menantu sanggup duduk di dalam bilik berkurung,semata-mata tak nak bagi anak dia bermain dengan mak.

Pernah 1 hari tu mak demam, jadi mak tak masak untuk tengahari. si anak dengan menantu pergi makan luar. Bila balik rumah,tak ada pun di bungkusnya makanan untuk mak. Hati mak mana yang tak sedih. Anak lelaki yang di jaga sampai dia berjaya lebih dengar cakap isteri berbanding mak.

Pernah juga mak ajak anak serta menantu belanja barang dapur. Sudah lah mereka tidak membayar, mak sedikit pun tak kisah tapi mereka seolah-olah mempergunakan mak. Apa saja yang mereka nak makan, mereka letak di troli. Sudahnya mak lah yang membayar.

Bila part mak buat kenduri arwah bapa. Si menantu cepat-cepat ajak si suaminya balik kampung dia. Semua persiapan dari segi kemas rumah dan memasak mak yang selesaikan sendiri dibantu oleh 2 orang anak perempuan mak.

Kini, anak lelaki mak dah ada gaji tetap serta pindah rumah pun langsung tak bagitau mak. Hati mak mana yang tidak terasa. Bila mak bersuara,si anak mula mengamuk dan si menantu pula seperti batu api. Mak makan hati. Kini apa yang mak selalu buat adalah menangis. Dari mata mak,Hati mak benar-benar terluka. Buat si anak lelaki mak. Sungguh pun kau sudah berkahwin,Percayalah Syurga mu di bawah tapak kaki mak. Sekian.-KRT

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (6)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Anak sayang mak says:

    Anak paling bangsat sekali…
    Hai cilake laa anak…
    Mcm syurga bawah tapak kaki isteri ko….
    Bangsat….!

  2. hmmmm says:

    Kesian mak cik. Jadi semua beringat bila membesarkan anak jangan dibezakan lelaki dengan perempuan. Layan sama rata. Ajar sama rata. Semua anak tak kira lelaki atau perempuan kena diajar buat semua kerja rumah. Semoga anak mak cik berubah kepada yang lebih baik.

  3. hashus says:

    Umpama,roda .tggu ja smpai masaa anak buat mcm tu plak kt hg

  4. Harraz says:

    Syurga bkn lgu miluki mu wahai anak…krana ko mebgalirkan air mata ibu…subhanallah..

  5. Me n myself says:

    Sebagai isteri sepatutnya selalu ingatkn suami akan syurganya dibawah telapak kaki ibu.. Allahu.. Semoga sama2 kita memperingati..

  6. CJ says:

    Yg masalah mental bukn anak nyer..tapi isteri nya..kesian btul si isteri nya lah kn belum cukup umor lagi ke ape ni..kalau tak suka pun dgn IBU mertua..jgn sampai Suami kau tak cium bay syurga..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *