(Terkini) Roboh Masjid Bina Bangunan Kedai..AJK Masjid Akhirnya Buka Mulut Jelas Punca Sebenar !!!

| July 13, 2016 | 0 Comments

(Terkini) Roboh Masjid Bina Bangunan Kedai..AJK Masjid Akhirnya Buka Mulut Jelas Punca Sebenar !!! |PASIR PANJANG – Sebuah masjid lama berusia 54 tahun dan tidak digunakan lagi akan dirobohkan dalam masa terdekat.

Capture

Masjid Jamek Pasir Panjang dibina sekitar 1962 dan diasaskan Allahyarham Sohor Lembut, sementara tapak masjid pula diwakafkan Allahyarham Ahmad Lobak.

Masjid yang banyak berjasa kepada masyarakat setempat ini pernah dinaik taraf sekitar 1985 dan boleh menempatkan kira-kira 500 jemaah dalam satu-satu masa.

Nazir Masjid Jamek Pasir Panjang, Mohamad Noh Othman berkata, masjid lama itu sudah tidak lagi digunakan sejak 10 tahun lalu selepas sebuah masjid baharu dibina bersebelahannnya.

image

Menurutnya, keadaan masjid lama itu semakin usang dan banyak bahagian bangunannya yang rosak dan telah roboh.

“Memandangkan masjid lama begitu hampir dengan masjid baharu (bersebelahan) justeru itu, pihak pengurusan masjid telah sepakat untuk merobohkan bangunan masjid berkenaan.

“Selain itu, kita juga telah mengesan di mana sejak kebelakangan ini, masjid lama dijadikan lokasi lepak individu tidak bertanggungjawab, apabila kami mendapati banyak puntung rokok di dalam bangunan masjid lama,” katanya.

Mohamad Noh berkata, cadangan untuk merobohkan bangunan masjid lama mengikut prosedur dan telah diluluskan oleh pihak berkuasa.

“Kita akan mengeluarkan dana sendiri untuk pembiayaan merobohkan bangunan masjid lama ini. Seterusnya, dalam perancangan tapak masjid lama ini kita akan bina bangunan kedai yang dikendalikan oleh koperasi masjid, dewan umum dan sebahagiannya akan dijadikan kawasan lapang pekarangan masjid.

“Sekarang, koperasi masjid telah mempunyai sebuah bangunan yang menempatkan homestay dan kedai, dan kita mahu menambah aset koperasi lagi,” katanya.

Mohamad Noh menambah, dengan penambahan aset  berkenaan secara tidak langsung ia dapat menjana ekonomi koperasi serta menambah hasil dividen ahli koperasi.

Masjid Jamek Pasir Panjang kini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang solat yang boleh menempatkan hampir 1,000 jemaah dalam satu-satu masa serta kawasan dewan solat yang dilengkapi dengan penghawa dingin. SinarHarian

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

Tags: , , ,

Category: Agama

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *