Teksi Tenggelam Banjir..Namun Lihat Keadaan Terkini Pemandu Teksi Ini Buat Ramai SAYU !!!

| June 21, 2016 | 0 Comments

Teksi Tenggelam Banjir..Namun Lihat Keadaan Terkini Pemandu Teksi Ini Buat Ramai SAYU !!! | Masih ingat kepada seorang pemandu teksi warga emas yang duduk sayu di atas bumbung kereta selepas teksinya ditengelami air dalam kejadian banjir di Universiti Malaya pada 12 Mei lalu.

Kehadiran Aidilfitri tidak lama lagi merupakan hari raya yang suram bagi pemandu teksi tersebut, Abd. Razak Noorzam, 56 dan isternya Shamsina Shamsuddin.

ohmedia-teksi-mangsa-banjir-5

Selepas lebih sebulan bencana yang mendapat simpati orang ramai dan gambar beliau dikongsi oleh ribuan warga media sosial, teksi milik Abd. Razak masih tersadai di dalam bengkel kereta.

Sejak kejadian itu pendapatan Abd. Razak terputus selepas teksi yang digunakan untuk mencari rezeki mengalami kerosakan teruk akibat ditengelami air.

ohmedia-teksi-mangsa-banjir-1

Selain terpaksa memikirkan kos untuk membaiki kerosakkan, Abd. Razak turut tertekan untuk membayar sewa teksi sebanyak RM400 seminggu kepada syarikat tempat beliau membuat pinjaman sewa-beli.

“Saya telah menggunakan RM2,000 untuk membersihkan bahagian dalam kereta. Sementara RM6,000 lagi terpaksa saya pinjam daripada seorang kawan untuk membeli enjin terpakai bagi mengantikan enjin lama yang tidak boleh digunakan lagi.

“Teksi ini saya telah gunakan lebih tujuh tahun dan hanya tinggal setahun sahaja lagi untuk menghabiskan baki pinjaman. Memang sayang kalau nak tukar teksi baharu,” jelas Abd. Razak.

Dalam pada itu, menurut pemilik bengkel, Shahimi Manshoor, 50, kerosakan teksi Abd. Razak dianggarkan bernilai lebih RM10,000 sebab semua barangan elektronik dan enjin rosak.

“Enjin sudah pecah. Kos tukar enjin sahaja RM6,500. Ini tak termasuk kotak gear (gear box). Bila kita hidupkan enjin baru kita tahu kerosakan semua.

“Kotak komputer juga kemungkinan rosak sebab sudah tengelam dalam keadaan enjin masih hidup. Bahagian dalam kerusi, sistem pendaiwaian terpasa dibuat balik,” jelas Shahimi.

Sementara itu, mengimbas kembali bencana tersebut, Abd. Razak menjelaskan beliau terperangkap dalam banjir yang berlaku begitu pantas.

ohmedia-teksi-mangsa-banjir-4

Ketika itu dia dalam perjalanan untuk mengambil isteri yang bekerja sebagai pekerja am Universiti Malaya.

“Apabila tiba di Fakulti Undang-Undang air sudah naik. Saya cuba undur teksi ke belakang tetapi air naik dengan pantas. Nak buka pintu untuk keluar pun tidak boleh sebab tekanan air terlalu kuat,” kata Abd. Razak.

Nasib beliau baik kerana enjin boleh dihidupkan untuk membuka tingkap dan naik ke atas bumbung.

Jelas Abd. Razak, beliau tidak boleh melarikan diri kerana di tengah-tengah arus deras dan berada di kawasan yang dalam.

Sepanjang dua jam berada di atas bumbung dalam keadaan sejuk kerana masih hujan dan cemas, Abd. Razak hanya mampu berdoa agar selamat.

Kejadian itu turut menyebabkan beliau fobia setiap kali hujan.

ohmedia-teksi-mangsa-banjir-2

“Lepas ini saya memang akan memandu teksi sebab ini sahaja sumber pendapatan saya. Cuma bila hujan sahaja memang fobia, Mengenai sambutan hari raya saya tidak buat apa-apa persiapan. Hanya sediakan apa yang termampu,” kata Abd. Razak.

Menurut beliau sehingga kini hanya sebuah badan bukan kerajaan, Kaseh4U dan Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sahaja menghulurkan bantuan.

Bagi mereka yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan melalui akaun milik isterinya.

Akaun Maybank
Akaun Penama: Shamsina Shamsuddin
Akaun Number: 1623 3904 7520

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *