Lelaki Ini Kongsi Cara Kaut Untung 2,000 Dalam Perjalanan Dari LRT Setiawangsa Ke KLCC Dengan Mudah !!!

| June 2, 2016 | 0 Comments

Lelaki Ini Kongsi Cara Kaut Untung 2,000 Dalam Perjalanan Dari LRT Setiawangsa Ke KLCC Dengan Mudah !!! Minggu lepas saya ada mesyuarat dengan seorang IT Consultant di KLCC dan saya buat keputusan untuk solat Jumaat di Masjid KLCC.

Capture

Masuk sahaja train di Stesen Setiawangsa, saya duduk di tengah antara 2 orang lelaki yang sedang bermain HP, dan hadapan saya pun kerusi penuh 3 orang wanita sedang bermain HP.

Saya pandang kiri dan kanan sejauh mata mampu memandang, ternyata 80% penumpang train itu sedang sibuk dengan HP masing-masing.

Ketika itu HP saya dalam beg pun vibrate banyak Whatsapp masuk. Hampir-hampir sahaja saya ingin mengambil HP saya, saya terfikir sejenak.

Saya merasakan dah terlalu banyak masa saya bersama dengan HP setiap hari, saya nak buat sesuatu yang lebih bermakna dalam jangka waktu yang saya ada sekarang ini.

Maka saya keluarkan tasbih dan mula berselawat memandangkan hari itu hari Jumaat, digalakkan perbanyakkan selawat.

Guess what?

Dalam perjalanan dari Stesen Setiawangsa ke KLCC hanya selang 5 stesen dan lebih kurang mengambil masa 20 minit atau kurang, saya mampu berselawat tidak kurang daripada 200 kali!

Andai saya buat keputusan mengeluarkan HP saya dari beg awal tadi, saya tidak akan berselawat walau 1 kali.

1 kali selawat kepada Rasulullah SAW, Allah akan berselawat kepada anda sebanyak 10 kali.

Saya “invest” 200 selawat, dan saya dapat “profit” sebanyak 2,000.

Habis macam mana saya boleh buat 2000? (Itu je yang korang nak tahu kan.)

Angka “2,000” itu hanya untuk menarik perhatian pembaca, jika bercerita tentang kekayaan dunia dan harta, pasti ramai ingin tahu bagaimana caranya dan ramai akan mencuba buat “RM”2000. Siapa tak nak kerja 20 minit dapat RM2000 kan? Orang lain kerja 1 jam baru dapat RM6.

Tapi bila sebut ganjaran Allah yang ramai sedia tahu, berapa ramai agaknya buat dan pernah buat? Sementara RM2000 itu pun langsung tidak tepat dan terlalu sedikit nilainya untuk dibandingkan dengan 1 kali selawat.

Benar kata Habib Musa Kadzim Bin Ja’far Assegaf:

“1000 kali sholawat bukanlah banyak, tetapi syaitanlah yang menjadikan 1000 kali itu banyak.”

Sedangkan kita boleh menghabiskan berjam-jam untuk tengok TV, main Facebook, dengar lagu dalam kereta sementara sangkut jem 1 Jam. Tapi dengar sahaja 1000 kali selawat itu seolah-olah perkara yang mustahil.

Saya sedar 1 perkara pada hari itu, sebenarnya banyak amalan dan perkara dalam hidup yang kita mempunyai tenaga dan masa yang mencukupi dan lumayan untuk melakukannya.

Hanyasanya kita MAHU atau TIDAK.

Jadi siapa agak-agak yang nak spend 20 minit sekarang untuk selawat sekurang-kurangnya 200 kali?

Tak apa.. nanti pun boleh selawat kan.. Nanti-nanti je lah….

Sumber : Facebook Hasan Heng

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *