Pembunuhan Enno Farihah..Polis Berjaya MERUNGKAI Tiga MISTERI Yang MENGGEMPARKAN Orang Ramai !!!

| May 22, 2016 | 0 Comments

Pembunuhan Enno Farihah..Polis Berjaya MERUNGKAI Tiga MISTERI Yang MENGGEMPARKAN Orang Ramai !!! Selepas jasad Enno Farihah ditemukan dalam kes rogol dan bunuh yang menggemparkan negara Indonesia, segalanya samar-samar sehinggakan salah seorang suspek mungkin dilepaskan kerana tidak cukup bukti.

Namun, pihak polis Mapolda Metro Jaya bertungkus lumus selama tiga hari dan tiga malam tanpa tidur untuk mengumpul bukti-bukti yang berkaitan dengan mangsa, dan usaha mereka akhirnya membuahkan hasil.

2

Menurut merdeka.com, terungkainya tiga misteri ini telah meletakkan ketiga-tiga mangsa diancam hukuman gantung sampai mati, sebagai mana mengikut undang undang negeri itu berkaitan pembunuhan terancang.

-Misteri pertama adalah pemikiran pelaku dan motif.

-Misteri kedua kewujudan ketiga-tiga pelaku dalam masa yang sama.

-Misteri ketiga ialah kewujudan cangkul.

  1. Misteri pertama: pemikiran pelaku dan motif

Menurut pihak polis yang menyiasat, pada awalnya Rahmat memujuk Enno untuk pertemuan yang kali terakhir, setelah Rahmat difahamkan oleh Enno bahawa dia bakal dijodohkan oleh orang tuanya.

Hasil siasatan polis juga mendapati pada awalnya, Enno enggan bertemu dengan Rahmat (16) tetapi kemudiannya bersetuju setelah termakan pujuk rayu remaja itu.

Menurut pengakuan Rahmat, mereka sempat berpelukan. Ketika Rahmat mengajak Enno untuk melakukan hubungan intim, Enno menolak kerana takut hamil dan mengecewakan bakal suaminya. Marah kerana ajakannya ditolak, Rahmat terus keluar dari rumah itu.

  1. Misteri kedua: kewujudan ketiga-tiga pelaku dalam masa yang sama

Ketika Rahmat keluar dari rumah asrama yang didiami Enno dia sempat menghisap rokok di depan pintu gerbang perumahan tersebut. Di situlah dia bertemu dan berkenalan dengan Arif (24) yang kebetulan lalu di situ.  Arif juga merupakan pekerja di kilang yang sama dengan Enno. Arif tinggal di belakang perumahan Enno.

Arif bertanya kepada Rahmat kenapa  dia berada di depan rumah Enno pada tengah malam. Sedang rancak berbual, Imam (24) kemudian lalu di situ dan berkenalan dengan mereka berdua. Dia turut bertanya mengapa mereka berdua ada di depan rumah Enno (wanita yang dicintainya itu).

1

Rahmat menceritakan hubungannya dengan Enno, dan Enno bakal dijodohkan oleh orang tuanya dengan lelaki pilihan mereka. Tanpa membuang masa Arif juga menceritakan bahawa dia sukakan Enno tapi tidak dilayan, begitu juga dengan Imam.

Selanjutnya Arif dan Imam mengajak Rahmat untuk merogol Enno. Seorang polis penyiasat meniru dialog pelaku:

Perkosa saja dia, kerana dia takkan pernah jadi kekasih engkau lagi.

 

Kemudian ketiga-tiganya berjalan lalu masuk kedalam rumah mangsa dan merogolnya secara bergilir. Imam menekap mulut mangsa menggunakan bantal semasa Arif merogol mangsa, Rahmat disuruh untuk mencari pisau setelah selesai merogol Enno.

  1. Misteri ketiga: kewujudan cangkul

Rahmat yang mencari pisau di dapur tidak menjumpainya, kemudian dia keluar dari rumah itu. Di luar, Rahmat menemui cangkul yang sememangnya berada tidak jauh dari pintu rumah Enno. Cangkul itu biasanya digunakan sebagai pembancuh simen apabila ada kerosakan di perumahan tersebut.

Rahmat kemudian memberikan cangkul itu kepada Arif tapi Arif menolak dan menyuruh Rahmat untuk memukul wajah mangsa. Rahmat mengaku ketika memukul mangsa, dia menutup mata. Tetapi pukulan itu telah mengoyakkan wajah mangsa hingga memercikkan darah.

Kemudian ketiganya keluar dari dalam bilik akibat geli melihat darah yang keluar. Takut Enno selamat dan akan melaporkan perbuatan mereka kepada pihak polis, ketiga-tiganya sepakat untuk membunuh Enno dengan menyulanya dengan cangkul hingga mengakibatkan gadis 19 tahun Enno Farihah maut dalam keadaan mengerikan.

Kejayaan Polis Indonesia

Menurut Krishna Murti, Ketua Balai Polis Mapolda Metro Jaya, dia sangat berbangga dengan pihak polis penyiasat yang telah berjaya mengumpulkan bukti -bukti kukuh yang boleh meletakkan ketiga mangsa dihukum gantung.

3

Ketiganya sudah mengakui pebuatan mereka, mereka telah merancangnya dari awal dan merogol mangsa secara bergilir-gilir sebelum membunuhnya. Tambah Krishna:

Alhamdulillah, teka-teki pembunuhan sadis Enno telah terungkap keseluruhannya. Terima kasih atas doa kalian dan usaha anggota polis.

 

Sibukkan diri dengan perbuatan baik, maka anda tidak akan punya waktu untuk berbuat buruk.

Krishna turut mengakui bahawa kes pembunuhan Enno merupakan kes pembunuhan paling sadis pernah dilihatnya sepanjang karier sebagai anggota polis.-amazingnara.com

 

P.S. 1 – Murid Kanan Bruce Lee Akhirnya Dedah Cerita Sebenar Dato’ Meor Tumpaskan Bruce Lee !!!
P.S. 2 – 3 Pulau Ini Muncul Semula Setelah Hilang 10 Tahun Semasa Tsunami 2004, Lihat Apa Yang Ditemui Di Pulau Itu Pasti MEMERANJATKAN !!!
P.S. 3 – Ini Tips Paling Mudah Check Harga Flight Murah, Confirm Senang Nak Rancang Holiday !!!
P.S. 4 – Selfie Ini Nampak Biasa Bila Sekali Pandang. Tunggu Sehingga Anda Lihat Kali Kedua !!!
P.S. 5 – Ayah Orang Kaya No.1 Malaysia, Tapi Pekerjaan Anaknya Bakal Buat Anda TERKEJUT !!!

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *