Gara-Gara Keluarga Isteri Orang Miskin, Tak Sangka Begini Suami TERGAMAK Lakukan…

| May 22, 2016 | 0 Comments

Gara-Gara Keluarga Isteri Orang Miskin, Tak Sangka Begini Suami TERGAMAK Lakukan… Saya baru saja berkahwin dalam setahun. Saya lahir dari kalangan orang susah dan keluarga saya memang susah. Berlainan dengan suami, dia orang senang dan keluarganya pun memang asal usul orang berada.

miskin

Kerja dan gaji suami pun alhamdulillah. Sebelum kahwin dengan suami, saya sudah beritahu awal-awal yang saya ini orang susah. Saya cuma mahu dia menerima saya dan keluarga saya seadanya. Saya tidak mahu dia cuma sayangkan saya, saya mahu dia sayangkan keluarga saya juga.

 

Suami kata, dia tidak kisah dengan semua itu sebab dia sayangkan saya dan dia tidak kisah dengan latar belakang keluarga saya.

 

Tetapi selepas berkahwin, saya menjadi serba salah. Suami saya menjadi seperti tidak dapat menerima keluarga saya lagi. Dia tak adalah berkata demikian tetapi dari sikap dia, jelas sekali menunjukkan dia begitu.

 

Saya ajak dia tidur di rumah pun susah. Kadang-kadang saya tinggal di rumah mak dalam sehari dua. Bila suami nak menjemput saya di kampung, mak punyalah gembira sampai dia kemaskan rumah, bilik, cadar selimut pun dia cucui semua. Tetapi bila suami sampai, dia tak nak tidur di rumah dan dia nak balik pada hari itu juga. Nak ajak makan di rumah pun susah.

 

Saya ingat lagi bila suami datang ke rumah mak, mak cepat-cepat pergi pasar beli makanan sedap-sedap, ikan mahal-mahal, sayur mahal-mahal tetapi nak ajak suami makan itu, punyalah liat. Saya sedih dan serba salah dengan mak saya.

 

Selepas berkahwin, saya dan suami memang duduk berjauhan dengan keluarga saya dan juga keluarga suami. Saya selalu berkata pada suami,

 

“Sekali sekala saya nak bawa mak ke rumah kita, tidur semalam dua, boleh tak bang?”

 

Tetapi dia memberikan respon negatif.

 

“Nantilah kalau ada masa,” katanya.

 

Tetapi saya tengok dia tak adalah sibuk sangat. Hujung minggu pun ada saja dan saya sedih sebab sepanjang perkahwinan, dia tidak pernah bawa mak saya datang ke rumah kami.

 

Kadang-kadang saya nak bawa mak jalan-jalan pergi ke bandar, belikan mak baju, suami kerap memberikan alasan tak ada masa. Sedangkan kerja tak sibuk mana pun.

 

Mak saya orang susah, nak merasa pergi bandar setahun sekali pun jarang. Dia cuma berniaga sayur di pasar. Kadang-kadang sedih juga tengok mak tak ada baju baru tetapi bersyukurlah, kadang-kadang suami ada hulur juga pada mak dan ayah saya.

 

Tetapi mak saya tak pernah kisah kalau suami saya bagi duit atau tidak pada mereka sebab mak saya cuma happy dapat menantu yang boleh jaga anak dia. Anak dia pun hidup dah senang sikit, tak adalah susah seperti mereka.

 

Ya Allah.. sedih. – KRT | PIXEL MEDIA

P.S. 1 – Siapa Yang Cipta Allah. Ini Jawapan Seorang Imam Yang Buat Ramai Umat Islam TERKEJUT !!!
P.S. 2 – Inilah 4 TANDA Malaikat Maut BERITAHU Ajal Kita Nak Tiba TAPI Ramai Buat-Buat TAK TAHU !!!
P.S. 3 – Inilah 12 Gambar Rumah Baginda Nabi Muhammad S.A.W Yang Mungkin Anda Tak Pernah Lihat !!!
P.S. 4 – Maklumat Sulit NASA Terbongkar..Temui Satu Tanda Kiamat Di Sungai Eufrat Yang MENGGERUNKAN !!!
P.S. 5 – PERHATIAN.. Jangan MINUM Air Botol Plastik Dalam Kereta Anda… Ini Akibatnya……

 

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *