Loading...

Inilah Enam Rekod Kecuaian Yang Membuat Manusia Terbunuh Tidak Sengaja !!!

| April 20, 2016 | 0 Comments

Inilah Enam Rekod Kecuaian Yang Membuat Manusia Terbunuh Tidak Sengaja !!!

  1. Memakai Skarf Yang Terlalu Panjang,

simone-marchetti-grey-suit-scarf-men-style-streetstyle-lookbook-sunglasses

Pada tahun 1920-an, Isadora Duncan ialah seorang penari yang jelita dengan leher yang jinjang. Dia gemar memakai skarf yang panjang di leher sambil bersiar-siar menaiki kereta di kawasan perkampungan di Perancis. Bagaimanapun, minat Isadora itu membawa mudarat apabila duduk di tempat penumpang dalam satu kereta, skarf merah yang dipakainya tersekat di rim tayar dan mematahkan lehernya. Isadora mati serta-merta.(Sumber | Via)

  1. Makan Terlalu Banyak Puding

 20151107103232.0.0

Pada 12 Februari 1771, raja Sweden, King Adolf Frederick telah makan tengahari dengan mewah. Setelah makan udang kara, caviar, dan minum champagne dengan banyak, dia bercadang untuk makan pemanis mulut. Adolph telah berjaya makan 14 mangkuk Semla, sejenis pastri penuh krim yang dihidangkan dalam semangkuk susu panas. Ususnya bagaimanapun mengalami kegagalan sistem pencernaan selepas itu. (Sumber)

Loading...
  1. Dengar Muzik Terlalu Kuat

 loud-music

Isaiah Otieno mungkin telah terdengar bunyi helikopter yang hampir terhempas…sekiranya dia tidak memakai fon kepala. Otieno sedang berjalan di sebuah kaki lima British Columbia untuk mengepos surat apabila sebuah helikopter terhempas ke atas badannya. Kejadian itu membunuh pemandu dan penumpang helikopter itu, serta Otieno. (Sumber)

 

  1. Mati Secara Ironik: Pemilik Segway Inc. Mati Kerana Menunggang Segway

 owner-of-the-segway-company-dies-in-a-segway-accident-photo-u2

Panggil ia takdir, atau keciauan. James W. Heselden baru mengambil alih pentadbiran syarikat Segway–iaitu sejenis peranti dua roda yang biasa digunakan posmen dan pegawai keselamatan pusat membeli belah. Heselden sedang bersiar-siar menggunakan Segway di kawasan rumahnya di England apabila dia secara tidak sengaja tergelincir jatuh gaung. (Sumber)

Loading...
  1. Bermain Permainan Video Terlalu Lama

 184891

Lee Seung Sop mempunyai ketagihan kronik terhadap permainan video. Dia telah berhenti kerja kerana ingin menghabiskan lebih banyak masa bermain permainan itu. Pada Ogos 2005, dia memulakan marathon permainan video di sebuah kedai kopi di Korea Selatan. Dia bermain 50 jam secara berterusan, hanya berhenti untuk ke tandas dan tidur sekejap. Akhirnya dia jatuh dan terbunuh kerana dehidrasi dan kegagalan jantung. Game over. (Sumber)

  1. Terjun Dari Puncak Menara Eiffel Dalam Ujian Sut Payung Terjun

 video.britishpathe.com@4ff72d66-a0e4-30c7-ae59-4158563a0b72_FULL.png.cf

Franz Reichelt, seorang tukang jahit Perancis, obses dengan ideanya tentang sut payung terjun. Dia menggelar dirinya ‘tukang jahit terbang’, dia telah merancang untuk menguji sut yang dibuatnya dengan menggunakan patung dari puncak Menara Eiffel pada 4 Februari 1912. Bagaimanapun, orang ramai mula seriau apabila dia sendiri yang bertindak menjadi patung dalam ujian tersebut. Mereka semua telah melihat bagaimana terjunan itu menjadi terjunan pertama–dan terakhir buat Franz. Terjunan maut Franz dirakam dalam bentuk video dan telah dimuat naik di YouTube untuk tontonan semua orang.

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Loading...

Tags: , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *