Bercuti Di Air terjun Cunca Wulang, Fores. 2 Warga Malaysia ‘GHAIB’ Selepas Terjun Ke Dalam Kolam Air !!!

| April 16, 2016 | 0 Comments

Bercuti Di Air terjun Cunca Wulang, Fores. 2 Warga Malaysia ‘GHAIB’ Selepas Terjun Ke Dalam Kolam Air !!! Percutian lima warga Malaysia di kawasan air terjun Cunca Wulang, daerah Mebeliling di wilayah Flores, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka hilang selepas terjun ke dalam kolam air itu, semalam.

Terjun-Cunca-Wulang

Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, dua mangsa yang hilang itu dikenali sebagai Mohamad Azfar Tahir, 23, dari Kuala Lumpur dan Mohammad Ezzaq Azumi, 23, berasal dari Kelantan.

Mereka dipercayai datang ke Flores untuk bercuti.

Dalam kejadian 10.30 pagi itu, kedua-dua mangsa dikatakan hilang setelah terjun ke dalam kolam air terjun itu sebaik tiba di kawasan berkenaan, lapor FMT.

Setelah melihat kejadian, seorang rakyat tempatan yang dipercayai pemandu pelancong, Wenseslaus Hendro Akung, 39, cuba menyelamatkan mereka tetapi beliau juga dilaporkan hilang sebaik terjun ke dalam kolam untuk membantu mangsa.

Tiga lagi rakan mangsa dari Malaysia yang melihat kejadian itu kemudian meminta bantuan orang awam dan menghubungi polis.

Zahrain berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat oleh pihak berkuasa tempatan dimulakan sejak pukul 3 petang dan terpaksa diberhentikan pada pukul 5 petang setelah cuaca gelap.

“Saya dimaklumkan kerja-kerja mencari dan menyelamat akan bersambung semula esok pagi (hari ini),” katanya.

 

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi, Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *