“Terima Kasih Sebab Babikan Saya..Saya Hanya Menuntut Hak Saya”

| April 25, 2016 | 0 Comments

“Terima Kasih Sebab Babikan Saya..Saya Hanya Menuntut Hak Saya”  Kerana wang manusia boleh bergaduh, berperang dan macam-macam boleh berlaku. Paling dahsyat sekali dibabikan oleh rakan sendiri seperti yang berlaku pada wanita ini.

1

Aimiekho Ainun, memuat naik screenshot mesej rakannya yang tergamak menggelarnya babi, haiwan yang paling dianti oleh masyarakat kita.

“Assalam, kenapa call tak angkat, wassup tak balas? Tapi awak baca wassup saya. Maaflah, niat bukan nak kacau awak, cuma nak minta balik hak saya. Awak, saya memerlukan sangat sekarang. Kalau awak tak ada, bayar sikit pun jadilah. Tolonglah faham dengan keadaan anak saya dan keperluan saya sekarang yang banyak pakai duit. 

“Kalau awak tak ada duit, cakaplah pada saya sepatah. Jangan buat saya macam ini. Tolonglah, saya tolong awak ketika awak susah. Sekarang giliran saya dan saya cuma mahu menuntut hak saya. Awak faham kan keadaan saya sekarang ni? Anak saya sakit awak, banyak duit nak guna. Balaslah mesej saya ini,” rayu Aimiekho.

Malangnya, kenalannya itu tidak faham bahasa dan sebaliknya memberikan respon yang amat mengejutkan.

“Aku sekarang tak ada duit. Aku harap kau faham. Jangan call atau WhatsApp aku lagi! Anak kau sakit, jangan babitkan aku. Aku ada duit, aku ganti balik duit kau. Jangan jadi babi sangat tak faham bahasa!” balasnya.

13043751_1754968071456754_6188821344100565930_n

Ternyata kecewa dengan mesej yang dikirimkan oleh kenalannya itu yang selama ini berkawan hanya berlandaskan kesenangan dikongsi bersama, namun bila ditimpa susah, ditinggalkan oleh kawan pula.

“Terima kasih sebab babikan saya. Awaklah sahabat di dunia akhirat saya. Saya hanya menuntut hak saya. Terima kasih sahabat. Sebelum ini awak diuji, saya sentiasa di sisi awak. Sekarang saya diuji, awak babikan saya. Saya hanya menuntut hak saya,” luah Aimiekho di laman Facebooknya.

 

TATAPLAH GAMBAR ANAK SAYA….

13095942_1755757121377849_8841875692621286788_n

Menurut Aimiekho, meskipun ‘bekas sahabatnya’ itu mengatakan bahawa dirinya tiada wang untuk membayar balik hutangnya, namun sahabatnya itu memuat naik gambar melancong ke Thailand.

“Cakap tak ada duit, tetapi boleh pergi melancong ke Thailand. Bila saya minta dan tuntut hak saya, awak cakap apa? Awak nak tunggu anak saya nazak sekali lagi baru awak nak bayar hutang saya?

“Saya berlembut, saya mengalah tetapi awak caci maki saya. Alasan sebab serabut saya asyik call atau WhatsApp awak. Mungkin saya perlu melutut di depan awak baru dapat hak saya balik,” luahnya.

13015196_1755285054758389_919768072245527962_n

13076785_1755683161385245_2289015689455500508_n

13087389_1755683208051907_6544196565882575820_n

Ekoran dari tindakan rakannya itu, Aimiekho enggan menghalalkan duit yang dipinjamkan itu walau satu sen sekali pun. Bagaimanapun, jauh di sudut  hati Aimiekho masih berharap rakannya itu berubah hati dan menunjukkan belas kasihan terhadap anak kecilnya yang kini sedang sakit. – PIXEL MEDIA

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *