Loading...

(Video) Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara² Gagal Sediakan Wang Hantaran RM15,000

| March 27, 2016 | 0 Comments
(Video) Pengantin Lelaki Ditumbuk Gara² Gagal Sediakan Wang Hantaran RM15,000 KUALA LUMPUR – Seorang pengawal keselamatan ditumbuk oleh ahli keluarga pasangannya setelah gagal menyediakan wang hantaran RM15,000.
1Pengantin perempuan sedang giat memukul seorang wanita yang dipercayai ibu pengantin lelaki

Dalam kejadian jam 3.15 petang di Masjid Jamek Al-Khadijiah, Pantai Dalam kelmarin, mangsa berusia 27 tahun ditumbuk selepas mahu beredar dari masjid itu kerana tidak dibenarkan meneruskan masjlis akad nikah gara-gara gagal menyediakan wang hantaran yang mencukupi sebanyak RM15,000, lapor Kosmo!

 

“Ketika merisik Januari lalu, pihak lelaki meminta untuk membayar RM7,500 sebagai wang hantaran. Namun pihak perempuan meminta RM15,000. Pengantin lelaki bersetuju dengan jumlah itu, namun meminta dibayar secara ansuran sebanyak RM10,000 sebelum majlis perkahwinan dan baki RM5,000 dibayar selepas majlis,” kata sumber.

 

Lapor Kosmo!, pengantin lelaki bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak RM1,500 sebulan dan dikatakan sudah bercinta dengan kekasihnya yang berusia 21 tahun itu sejak 3 tahun lalu.

Loading...

 

“Pengantin lelaki sudah membayar RM10,000 secara ansuran sebelum majlis perkahwinan. Bagaimanapun pihak pengantin perempuan tidak membenarkan akad nikah diteruskan selagi pengantin lelaki tidak membayar baki RM5,000.

 

“Oleh kerana tidak bersetuju dengan pemintaan itu, pengantin lelaki dan keluarganya mengambil keputusan untuk meninggalkan majlis akad nikah menyebabkan pengantin lelaki ditumbuk oleh seorang ahli keluarga pengantin perempuan,” katanya.

 

Loading...

Lihat Video DiSini

 

Keadaan di perkarangan masjid kemudian bertukar kecoh apabila berlaku aksi memaki hamun dan pergelutan di antara ahli keluarga kedua-dua pengantin.

 

Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan pendapatan mereka masing-masing.

 

“Ada sebab hari ini dia tak jadi kahwin kerana hantaran tidak mencukupi. Sebab Allah mahu melindunginya dari keluarga yang seperti itu. Alhamdulillah,” kata Ziyad Harris.

 

“Pihak pengantin perempuan tidak bertimbang rasa dan sebenarnya tidak ikhlas untuk mendirikan masjid untuk anaknya, kurang berakhlak dan cetek ilmu agama,” kata Setapak Jaya.

 

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Loading...

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *