Rentetan Kes Hantaran 15K..Akhirnya Pengarah JAIS Campur Tangan Buat Semua SENTAP !!!

| March 29, 2016 | 0 Comments

Rentetan Kes Hantaran 15K..Akhirnya Pengarah JAIS Campur Tangan Buat Semua SENTAP !!! Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengingatkan pasangan yang ingin berkahwin supaya mempersiapkan diri terlebih dahulu supaya insiden pergaduhan seperti berlaku di sebuah masjid di ibu negara minggu lalu tidak berulang.

eb5a466ec5180a476040104a70d844c7

Pengarahnya Datuk Haris Kasim berkata pernikahan yang ingin dilangsungkan haruslah mengikut rundingan ditetapkan supaya majlisnya berlangsung aman dan harmoni.

“Kena settle down dulu, perundingan sudah tetapkan. Nak buat rumah tangga, nak bina masjid ni perkara yang elok kenapa nak tidak dielokkan?

“Maknanya biar buatlah dalam suasana berhemah, harmoni barulah aman damai. Kalau masing-masing bergaduh bila nak selesai?” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini media melaporkan pengantin lelaki yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditumbuk anggota keluarga wanita terbabit.

Dia dikatakan mahu beredar kerana tidak dibenarkan meneruskan majlis akad nikah gara-gara tidak menyediakan wang hantaran mencukupi sebanyak RM15,000.

Keadaan di perkarangan Masjid Jamek Al Khadijiah Pantai Dalam di ibu negara bertukar kecoh dengan aksi memaki hamun dan pergelutan kedua-dua anggota keluarga berkenaan, yang kemudian menjadi viral di Internet.

Haris enggan mengulas lanjut sama ada masalah hantaran menjadi punca pergaduhan itu.

Bagaimanapun, katanya, hantaran bukan perkara wajib seperti mas kawin atau mahar.

“Terpulang pada pasangan masing-masing, terpulang pada individu. Kalau dia rasa perlu, dia beri hantaran, kalau tak perlu dia tak bagi.

“Kalau bagi al-Quran (sebagai mahar) dah boleh kahwin, (ia bergantung) atas persepsi masing-masing. Kalau mas kahwin memang dah ditetapkan ikut negeri masing-masing,” katanya.

Haris turut berseloroh dengan pengalaman sendiri berkahwin hanya dengan hantaran RM5,000 sahaja.

“Saya dulu kahwin bagi RM5,000 dan anak-anak saya semua bahagia,” katanya sambil ketawa.

Majlis kahwin perdana

Sementara itu, Haris berkata, untuk berjimat, JAIS ada menganjurkan “Majlis Perkahwinan Perdana” setiap cuti sekolah yang menghendaki pasanganhanya membayar serendah RM1,000 hingga RM2,000.

“Majlis (kenduri) kita buat ramai-ramai, ada 20 pasang, ada 30 pasang (pengantin), kita kenduri serentak, senang saja, maknanya majlis yang berlangsung jadi murahlah,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Malaysiakini mendapati rata-rata calon suami sekarang dikenakan hantaran bernilai tidak kurang daripada RM10,000 untuk diberikan kepada pihak isteri.-Kredit MalaysiaKini

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *