Imam Masjid Dedah Punca Sebenar Pengantin Lelaki Ditumbuk

| March 27, 2016 | 1 Comment

Imam Masjid Dedah Punca Sebenar Pengantin Lelaki Ditumbuk KUALA LUMPUR – Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.

1 (1)

“Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.

 

“Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan,” katanya Wanie Azwani.

 

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran. 

 

Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang. 

 

Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak lelaki. 

 

Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. – Imam Masjid Khadijiah

 

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. jebat perak says:

    Klau ye btul pun lelaki kurang aja, mst ade sebb musabab . sedia maklum nabi larang mahar tggi . belah lelaki khabarnya brgaji rendah, sudahpun mmbyr rm10k . tu pun sudah ckup mnunjukkn komitmen beliau utk brkhwin . belah laki dh mnx 7500 knp smpai 15k? Brbalik pd rukun islam dn sunnah . xkn jadi isu hantaran . haram mahar tggi hngga mnyusahkn lelaki . mohon pncerahandistu bg mngelakkn fitnah lebih parah . tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *