Inilah PUNCA SEBENAR Pelakon Popular Syarul Ridzwan NEKAD Tukar Namanya Selepas Ditegur Ustaz !!!

| February 23, 2016 | 0 Comments

Inilah PUNCA SEBENAR Pelakon Popular Syarul Ridzwan NEKAD Tukar Namanya Selepas Ditegur Ustaz !!! KUALA LUMPUR: Menerima teguran daripada seorang ustaz, pelakon, Syarul Ridzwan kini memilih untuk menggunakan nama asalnya, Saharul Ridzwan bagi tujuan komersial.

sharul.transformed

 Pemilik nama sebenar Mohd Saharul Ridzwan Hashim ini berkata, beliau berbuat demikian atas nasihat ustaz yang bertugas di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), Rawang, Selangor.

 Sejak semalam juga, pelakon lelaki ini mula menukar nama Instagramnya menjadi @saharulridzwan.

 “Sebelum ini, saya sekadar mencipta nama Syarul kerana memikirkan aspek komersial. Bagaimanapun, selepas ditegur ustaz yang saya kenali, beliau menyarankan supaya saya menukar kepada nama asal saja.

 “Ustaz itu memberitahu, nama Syarul sebelum ini lebih kurang bermakna sejahat-jahat manusia. Jadi, saya fikir tidak salah untuk menukarnya kepada nama asal saya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, jejaka yang sedang melunaskan baki penggambaran drama Seindah Takdir Cinta di sisi Amyra Rosli turut mengalu-alukan bantuan orang ramai dalam mengurangkan beban dan kesusahan kanak-kanak kurang bernasib baik di rumah kebajikan terbabit.

 “Saya menggesa mereka yang baik hati dan mempunyai rezeki lebih untuk sama-sama membantu mereka dan pertubuhan ini. Sedikit sebanyak, kita dapat kurangkan kesusahan mereka.

 “Jika ada yang ingin menghulurkan sumbangan atau barangan, bolehlah ke alamat pertubuhan itu di Khidmat Baitul Mahabbah (Rumah Kasih Sayang), No 29, Jalan 8/8, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Mereka juga juga menghubungi talian 03-60342593,” kata calon awal kategori Pelakon TV Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH ke-29 itu.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Artis

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *