Geram Tiada Gol..Tindakan NEKAD Dato Vida Bakal Buat Pemain Kelantan GELISAH !!!

| February 22, 2016 | 0 Comments

Geram Tiada Gol..Tindakan NEKAD Dato Vida Bakal Buat Pemain Kelantan GELISAH !!! KUALA LUMPUR, 22 Feb — Kecewa dengan prestasi hambar Dramane Traore yang gagal menjaringkan sebarang gol, penaja Datuk Seri Hasmiza Othman menyarankan pemain Kelantan itu “mandi bunga untuk membuang badi”.

dato-vidakerusiemain (1)

 Dilahir di Mali, bekas pemain pasukan polis yang muncul penjaring gol terbanyak liga musim lalu dilihat Hasmiza, atau lebih dikenali Vida, seakan masih tercari-cari rentak bersama pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

 “Saya letakkan harapan tinggi terhadap Dramane Traore tapi penyudahnya masih belum cukup berbisa. Nampaknya dia kena mandi bunga untuk buang badi tersebut,” katanya seperti dilapor mStar Online hari ini.

Traore, 33, gagal menunjukkan prestasi yang diharapkan ketika menentang UKM FC dalam saingan pusingan kedua piala FA di gelanggang sendiri Kota Baru, Sabtu lalu.

 Kelantan menang tipis 1-0, hasil jaringan penyerang import Baze Ilijoski pada minit ke-83.

K Devan, ketua jurulatih Kelantan, berkata Traore dan Ilijoski masih baru, tidak sampai sebulan, dan peluang perlu diberikan mereka berdua berasa serasi dengan corak permainan pasukan.

“Memang benar dia masih mencari keserasian bersama pasukan baru tapi berapa lama lagi tempoh perlu diambil. Sekarang sudah masuk perlawanan ketiga tapi prestasinya belum pada tahap terbaik,” bidas Vida pula.

Pengasas produk Vida Beauty Sdn Bhd memberi kata dua kepada Traore supaya memperbaiki rentak permainannya jika mahu kekal lebih lama bersama skuad kijang.

 “Traore perlu ambil serius amaran ini jika tidak mahu disingkirkan daripada pasukan. Dia sepatutnya menggunakan kelebihan yang ada pada dirinya tetapi peluang itu disia-siakan begitu sahaja.

 “Ia satu kerugian kepada pasukan kerana apa yang kita harapkan tidak berlaku. Lagipun kita sudah laburkan wang yang banyak untuk mendapatkan khidmatnya,” kata Vida.

Vida berharap agar Devan menemui formula baru sebelum berdepan Kedah pada pusingan ketiga Piala FA, awal bulan depan.

“Kita tidak boleh pandang remeh pihak lawan kerana mereka juara tiga kali Piala FA. Pemain perlu ingat mereka akan beraksi di gelanggang lawan, jadi tekanan itu amat tinggi,” katanya. – themalaymailonline

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , , , ,

Category: Sukan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *