Inilah Cerita Sebenar Neelofa Dikaitkan Dengan Israel Yang Ramai Tak Tahu !!!

| February 5, 2016 | 0 Comments

Inilah Cerita Sebenar Neelofa Dikaitkan Dengan Israel Yang Ramai Tak Tahu !!! Ini masalah sering didepani apabila ada sebarang urusan membabitkan Israel – akan ada segelintir pihak ‘melompat’ dan menyalahkan pihak berkenaan tanpa mahu mengetahui perkara sebenar.

497f7731228a993ebbc356e2a3163e76

Kali ini kerenah itu dialami sendiri pelakon Neelofa.

Semuanya bermula selepas dia memuat naik imej resit urus niaga tudung Naelofar Hijab menerusi akaun Instagram baru-baru ini.

Melalui imej itu didapati Neelofa menghantar tudungnya kepada pelanggan di Israel – sebuah negara yang memang dikenali sedang berkonflik dengan Palestin.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 27, juga membuat kenyataan menerusi media berhubung tohmahan itu dengan mendakwa, tindakan diambil adalah bagi memenuhi kehendak penduduk beragama Islam di Israel.

Capture

Namun, Neelofa tidak sendirian dalam menangani isu berkenaan kerana di belakangnya, ada pengikut yang masih berfikiran logik.

Melalui Instagram didapati ramai pengikut Neelofa menasihati individu yang gemar memberi komen negatif supaya membuat penilaian dengan lebih baik.

Mereka juga meminta pengkritik selebriti itu supaya tidak cepat menghukum kerana berpendapat pelanggan yang membeli tudung berkenaan adalah muslim yang menetap di Israel.

“Kesiannya bila baca komen tak membangun dari orang yang reti (tahu) nak kecam je. Cuba la ambil pandangan dari pandangan positif,” kata pengguna akaun @lunisdk.

Pengguna akaun @sofygurronces pula berkata, di negara Zionis itu juga terdapat orang Islam, malah ada ramai “tabligh yang berdakwah di sana”.

Cmon lah bila dengar Israel je kau terus fikir semua orang yang duduk di sana semua yahudi lol even dekat Arab Saudi pun tak semuanya muslim. Jangan jadi bodoh, cukuplah menteri je bodoh,” ujar pengguna akaun @slmnshmsddn.

Sebelum ini dalam paparan imej dimuat naik oleh pelakon dan juga pengacara itu, dia berkongsi kegembiraan mengenai perkembangan perniagaannya dengan pengikut di Instagram.

Resit itu diterima selepas urus niaga dijalankan dengan pembeli bernama Malak Sami Magadly Abu Hasna.

“Pembeli atas talian dari Israel.

“Terima kasih. Alhamdulillah,” tulisnya.

Status itu hingga ke hari ini mendapat 8,319 like dan 368 komen.

dfh

Dan menerusi semakan Malaysiakini, sehari selepas imej resit itu mendapat kecaman Neelofa memuat naik status dengan hash tag #shutupiknowwhatimdoing, ‘sesuai’ dengan imej dia berpakaian putih dengan gaya bahasa badan seolah-olah mahu menyatakan sesuatu.

Namun, apa yang jelas, status itu membayangkan perasaan yang dilalu oleh Neelofa selepas kejadian dia dihentam pengikutnya di Instagram.

Dan selepas status itu, Neelofa kemudiannya memuat naik pula ungkapan: “Kehidupan saya memerlukan pembaharuan”.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , ,

Category: Artis

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *