Inilah PUNCA SEBENAR Dato Vida Mahu Kekal Di Bangku Pemain Setiap Kali Perlawanan !!!

| January 19, 2016 | 1 Comment

Inilah PUNCA SEBENAR Dato Vida Mahu Kekal Di Bangku Pemain Setiap Kali Perlawanan !!! DATUK Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida mengatakan tujuan beliau meminta untuk duduk dikerusi pemain Kelantan adalah kerana ingin menyuntik semangat pemain itu ketika mereka berada disaat-saat genting.

dato-vida

Ujarnya, dengan cara itu ia akan lebih memberi makna kepada pemain, selain ingin menzahirkan perasaan ambil berat terhadap pemain-pemainnya.

“Kalau saya buat sesuatu, saya buat dengan jiwa saya,  hendak suntik semangat saat genting, saya perlu dekat dengan pemain, saya perlu bersama mereka disaat itu, ‘my’ sayang-sayang pemain sedang berjuang,” tulisnya di Instragamnya hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan Dr Vida  meminta untuk dilantik sebagai pengurus eksekutif untuk skuad Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), bermula musim ini.

Dr Vida ketika mengesahkannya berkata, ia bagi membolehkan dia dapat berinteraksi dengan lebih dekat bersama seluruh pemain pasukan Kelantan itu.

Katanya, jawatan berkenaan itu adalah kali pertama diwujudkan dalam pasukan yang sebelum ini terkenal dengan panggilan The Red Warriors (TRW) itu.

“Apabila saya dilantik sebagai pengurus eksekutif, saya boleh berada di kerusi pemain simpanan bersama Ketua Jurulatih Kelantan, K Devan sepanjang perlawanan Liga M diadakan musim ini.

“Saya tidak mahu berada di kerusi jemputan khas kerana agak jauh berbanding dengan kerusi di sebelah padang. Jawatan itu belum ada sebelum ini dan akan diwujudkan. “Ia tidak bermaksud saya mahu mencampuri pengurusan pemain, sebaliknya saya hanya mahu di hadapan bersama pemain setiap kali ada perlawanan,” katanya.

P.S. 1 – 22 Alasan Bercerai Yang Paling Merepek Di Selangor !!!
P.S. 2 – Lima Fakta Menarik Tentang Rayani Air Bakal Buat Anda TERPANA !!!
P.S. 3 – Ramai TERGAMAM Selepas Melihat 7 Gambar Air Terjun PALING DALAM Di Dunia Ini !!!
P.S. 4 – Inilah 5 CERITA SERAM Lebuhraya LPT 2 Yang Tak Pernah Anda Dengar !!!
P.S. 5 – 9 GAMBAR Tembok Pemisah Sempadan Palestine Israel Yang Ramai TAK PERNAH Tengok !!!

Tags: , , , , ,

Category: Artis, Sukan

About the Author ()

Comments (1)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. marikh says:

    Jika Pengurus dan jurulatih dapat kad merah dikawasan pemain simpanan. tak ke naya penaja duduk situ…

    Undang-undang kejohanan pula nanti yang kena pinda..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *