Selepas Puas Dipujuk, Akhirnya Azian Mazwan Dedah Punca Sebenar Anaknya Jadi Pencuri !!!

| January 19, 2016 | 0 Comments

Selepas Puas Dipujuk, Akhirnya Azian Mazwan Dedah Punca Sebenar Anaknya Jadi Pencuri !!! Penyanyi era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan, 40, menyifatkan anak lelakinya tersalah langkah dalam memilih kawan hingga terlibat dalam kes kecurian motosikal di Putrajaya, baru-baru ini.

42314

Memetik laporan mStar online, Azian, berkata, dia tidak tertekan meskipun laporan mengenai anak itu ditangkap tersebar luas.

“Saya tenang dan tidak tertekan apabila berita mengenai perkara itu dilaporkan dalam media dan saya ambil positif perkara itu.

“Ini adalah akibat daripada kesilapannya sendiri dalam memilih kawan dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepadanya,” katanya yang sebelum menyertai program Gegar Vaganza 2,

Terdahulu, laporan media menyebut, remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun dan telah pun dihadapkan ke mahkamah pada akhir Disember lalu.

Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Februari depan.

Kedua-dua tertuduh dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Dalam pada itu, Azian berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut melibatkan anaknya itu kerana kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

“Kes masih berjalan dan belum jatuh hukuman lagi, jadi saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu,” katanya.

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , ,

Category: Jenayah

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *