“GAMBAR” Truck TERMAHAL Milik Sultan Johor Kini Sudah Berada Di Bumi Johor !!!

| January 8, 2016 | 0 Comments

“GAMBAR” Truck TERMAHAL Milik Sultan Johor Kini Sudah Berada Di Bumi Johor !!! JOHOR BAHRU – Trak termahal di dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilaporkan telah berada di negeri ini.

12522932_1026578150752723_8946730317194908902_n

Gambar trak Mack yang dimuat naik dalam laman Facebook ‘Penyokong Setia Johor’.

Gambar dan video trak Mack yang sebelum ini mendapat perhatian umum masyarakat dunia itu mula dimuat naik di laman sosial oleh orang ramai yang terserempak dengan kenderaan yang dianggarkan mencecah RM1.4 juta.

Video berdurasi 47 saat itu mula dimuat naik di laman Facebook ‘Penyokong Setia Johor’ yang sempat merakamkan ‘Mack’ diiringi polis pengiring sejak 8 malam, Rabu lalu.

TRAK_SULTANJOHOR

Malah gambar trak tersebut juga dimuat naik ketika berhenti mengisi minyak di sebuah stesen minyak tidak diketahui lokasinya, juga seakan mengesahkan ‘Mack’ telah berada di negeri ini.

Oktober lalu, majlis penyerahan trak tersebut berlangsung di Dataran King George di Brisbane yang dibuat khas, didedahkan Naib Presiden Mack Trucks Australia, Dean Bestwick dengan ciri eksklusif yang tidak akan didapati dalam trak Mack yang lain.

10401933_1026729257404279_8102883022651683884_n

Antara ciri eksklusif yang dimaksudkan ialah enam kamera litar tertutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku dan katil kelamin, selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas.

Trak berwarna merah, biru dan putih dibeli oleh baginda sultan di Australia, difahamkan pada asalnya berwarna putih, namun diubahsuai mengikut permintaan tuanku yang melambangkan Bangsa Johor.

Sumber : SinarHarian

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *