‘Kenakan Cukai Pun Tak Apa, Janji Boleh Jual’ Luahan Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia Cawangan Kelantan !!!

| December 20, 2015 | 0 Comments

‘Kenakan Cukai Pun Tak Apa, Janji Boleh Jual’ Luahan Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia Cawangan Kelantan !!! KOTA BHARU- Kerajaan disaran mewujudkan cukai terhadap penjualan rokok elektronik sama seperti cukai rokok bagi mengelakkan penjualan secara tidak sah (underground).

image

Presiden Pertubuhan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM) Cawangan Kelantan, Mohd Azlee Che Mohd Zaid berkata, walaupun akur dengan keputusan kerajaan negeri tidak membenarkan penjualan vape, pihaknya berharap dengan kewujudan cukai akan memberikan impak lebih positif terhadap peniaga vape sama seperti rokok.

“Memang kami turut menanggung kerugian atas keputusan terbabit yang diputuskan kerajaan negeri, namun masih ada negeri yang diberikan lesen untuk menjual vape jadi kerajaan pusat perlu mengkaji isu ini.

“Kami akur dengan keputusan kerajaan negeri dan kini hanya memohon tempoh selama enam bulan bagi menghabiskan stok bekalan alat peranti vape dan perisa sebelum kami terpaksa menutup peniagaan terbabit,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.

Mohd Azlee berkata, sebelum ini dia mampu menjual 1,000 hingga 5,000 alatan vape kepada pelanggan yang datang ke kedainya, namun jualan merosot selepas penjualan vape tidak dibenarkan dan hanya mampu menjual melalui dalam talian dengan kuantiti dua hingga tiga alat peranti dan perisa yang dipesan pelanggan.

“Buat masa ini kami sedang berusaha menghabiskan stok yang ada melalui lelongan Jumaat lalu dan hanya mampu memperoleh RM40,000 sahaja walaupun sasaran kami pada malam itu adalah RM200,000 yang mengumpulkan hamper 500 peniaga vape di negeri ini.

“Kami juga turut kerugian RM40,000 atas lelongan terbabit, namun keadaan itu lebih baik bagi menghabiskan stok vape berbanding jika kami terpaksa menyimpan stok berkenaan tanpa dapat dijual,”katanya.

Azli berkata, kini pihaknya masih menunggu untuk memohon lanjutan tempoh bagi menghabiskan stok vape dalam tempoh enam bulan berbanding tempoh 14 hari  seperti diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood sebelum ini.

Sumber : SinarHarian

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *