“Inilah Yang Saya Dapat Ketika Teman Isteri Bersalin” Perkongsian Lelaki Ini Buat Anda TERSENTAP !!!

| December 19, 2015 | 0 Comments

“Inilah Yang Saya Dapat Ketika Teman Isteri Bersalin” Perkongsian Lelaki Ini Buat Anda TERSENTAP !!! Dah seminggu, ini parut yang aku dapat hasil dari menemani isteri di bilik bersalin semasa deliver baby hari itu. Isteri bersalin normal, tetapi baby pertama dulu lagi besar parut yang saya dapat.

1

Saya sakit kena cengkaman tangan isteri. Dia? Sakit nak meneran baby keluar dah satu hal, kena seluk pula untuk keluarkan uri itu lagi, kena jahit pula tu.

Saya tengok semua itu dengan mata saya sendiri. Itu belum kira sakit semasa contraction datang. Sakit 9 bulan sebelum itu lagi? Dan itu yang aku nampak, yang aku tak nampak dan tak tahu?

Ajabibya, tiada setitis pun air mata sakit keluar. Yang ada hanyalah senyuman bila terdengar suara baby menangis. Allahuakbar. Kuasa magik apa yang Kau bagi pada orang bergelar ibu ini?

Macam mana sakitnya ibu yang melahirkan anak-anak itu, macam itu jugalah sakitnya mak mertua saya melahirkan dia. Sakitnya ibu saya melahirkan saya, sakitnya ibu tuan-tuan dan puan-puan melahirkan anda.

Betapa besarnya pengorbanan seorang wanita bergelar ibu pada kita sampai nafas kita di saat ini pun belum terbalas lagi jasa ibu.

Parut ini? Kalau boleh nak biarkan saja terus terluka dan tak perlu sembuh agar dapat mengingatkan saya tentang pengorbanan ibu pada saya setiap kali saya terlupa.

Ini bukan parut sebarangan, ini parut kasih sayang, kebahagiaan dan parut taruhan nyawa seorang manusia ke atas seorang manusia.

Yang mana duduk dekat, balik nanti salam cium tangan ibu, cium ibu, peluk ibu.  Yang duduk berjauhan, sedekahkanlah Al-Fatihah.

Maaf saya berkongsikan cerita sedih di pagi ini. Kalau nak sentap, sentaplah. Tisu saya tak dapat sponsor, bajet sendiri. – Mohd Zulkifli Abdullah

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *