Inilah Pendedahkan Ramli MS Kenapa FarahDhiya Jadi Naib Juara Buat Ramai Mengamuk !!!

| December 14, 2015 | 2 Comments

Inilah Pendedahkan Ramli MS Kenapa FarahDhiya Jadi Naib Juara Buat Ramai Mengamuk !!! Perbezaan markah antara Juara dan Naib Juara Gegar Vaganza 2 (GV2) hanya 0.3 % sahaja dan akhirnya memihak kepada Siti Nordiana.

imageResize (1)

Markah Siti Nordiana ialah 68.7% manakala Faradhiya pula mendapat markah sebanyak 68.4%. Perbezaan yang sedikit ini bergantung kepada cara nyanyian mereka ketika berada di atas pentas.

Juri tetap Datuk Ramli MS berkata Nana kelebihannya ketika menyanyi solo manakala Faradhiya ketika menyanyi lagu Rap semasa ‘Battle Round’.

“Semasa Nana menyanyikan lagu Putus Terpaksa, dia berjaya menambat hati juri kerana setiap key yang dinyanyikan telah sampai.

“Tetapi semasa dia menyanyikan lagu Awak Kat Mana, ternyata dia ada kelemahan untuk menyanyikan lagu genre itu kerana ia bukan ‘forte’ Nana.

“Berbeza pula dengan Faradhiya, ketika nyanyi Lagu Janji Manismu, dia nyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya.

“Kredit memang harus diberikan kepada Faradhiya menyanyikan Lagu Oh La La kerana dia memang pandai untuk menyanyikan lagu berentak Rap,” kata Datuk Ramli MS kepada portal Murai.com.my

imageResize

Dalam pada itu, beliau juga memberi komen terhadap finalis yang berada di ‘Bottom 3’ apakah sebabnya mereka boleh berada di kedudukan itu.

“Saya sebagai juri akan ambil penekanan daripada setiap sudut, antaranya ialah key pada nyanyian, terlupa lirik, cara lontaran vokal serta tempo.

“Sebenarnya kesemua finalis ini sedar kalau dia buat silap. Tersalah buat pada salah satu perkara yang saya sebutkan tadi, maka markah mereka akan menjadi kurang.

“Apa-apa pun, finalis GV2 harus diberi pujian kerana kesungguhan mereka yang sangat jitu dan komitmen yang diberikan amat luar biasa,” katanya mengakhiri bicara.

Sumber : Murai.com.my

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , ,

Category: Artis, Hiburan

About the Author ()

Comments (2)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. brightstar says:

    Terima kasih Datuk Ramli MS di atas penjelasan tersebut. Izinkan saya untuk memberikan pandangan terhadap persembahan dan keputusan GV2 tersebut.

    Pada saya, beberapa perkara yang menjadi tanda tanya terhadap keputusan GV2 yang telah menobatkan Faradhiya sebagai Naib Johan untuk pertandingan tersebut. Pada pandangan saya, Faradhiya tidak ‘menggegar’ langsung pada malam GV2 itu, dan ianya adalah ditujukan terhadap kedua-dua persembahan beliau. Pada persembahan pertama beliau yg menyanyikan lagu Janji Manismu, adalah sangat longlai, lesu, dan tiada jiwa. Akibat daripada itu, nyanyiannya ‘tidak sampai’. Berdasarkan kepada petikan editorial perkara ini seperti di atas, Datuk Ramli MS ada menyatakan bahawa “Berbeza pula dengan Faradhiya… dia menyanyi bagus cuma ada terkucil sikit ‘note-note’ nyanyiannya:. Kenyataan tersebut jelas menunjukkan bahawa markah yang harus diterima oleh Faradhiya adalah rendah akibat daripada kesalahan ‘terkucil’ yang dilakukannya itu. Saya pasti, terkucil sedikit mahupun banyak akan memberikan impak yang besar dalam pemarkahan. Persoalannya, adakah markah yang diterima oleh Faradhiya adalah tinggi walaupun mengakibatkan terkucilan tersebut? Sedangkan 3 penyanyi yang lain iaitu Siti Nordiana, Ezad Lazim, dan Nassier Wahab memberikan nyanyian yang jauh lebih baik dan lebih jiwa nyanyian mereka jika hendak dibandingkan dengan Faradhiya. Hanya juri2 GV2 yang tahu perkara sebenarnya. Di pusingan pertama, saya berani menyatakan bahawa nyanyian dan persembahan FAradhiya adalah di antara bottom 2. Pada pusingan ‘battle’, dengan jelas lagi bersuluh telah menunjukkan bahawa persembahan kesemua peserta, diulangi, kesemua peserta, sungguh mengecewakan. Akibat daripada itu, saya amat yakin bahawa markah mereka adalah beza tipis di antara satu dengan yang lain. Adakah markah Faradhiya tetap tinggi untuk pusingan ‘battle’ ini walaupun nyanyiannya adalah setara dengan nyanyian peserta yang lain? Hanya juri2 GV2 yang tahu apa sebenarnya. Pada pandangan saya, untuk pusingan ‘battle’ ini, Acong adalah yang terbaik dalam penyampaian lagu hip-hop berbanding 5 peserta yang lain. Pandangan saya ini bukanlah mempertikai kredibiliti dan ilmu para juri GV2, dan bukan juga mencabar kewibawaan juri2 GV2, tetapi sekadar memberi pandangan peribadi saya yang tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan ilmu dan pengalaman juri2 GV2. Hanya juri2 GV2 yang tahu apa sebenarnya. Maaf, tahniah, dan terima kasih. *Pandangan ini bukanlah mempertikai bakat dan personal Faradhiya, tetapi sekadar pandangan peribadi terhadap persembahan Faradhiya pada malam final GV2 sahaja*.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *