Tindakkan Tauke Jambu Tangguh Pertunangan Beri Impak Besar Dalam Hidupnya !!!

| December 9, 2015 | 0 Comments

Tindakkan Tauke Jambu Tangguh Pertunangan Beri Impak Besar Dalam Hidupnya !!! Pelawak Tauke Jambu tidak menyangka keputusan untuk menangguh pertunangannya daripada 29 November kepada 6 Disember seperti ada hikmah disebaliknya dengan pemergian rakan seperjuangannya Yus Jambu.

Untitled-4

 

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, bersyukur pertunangannya sebelum ini ditangguhkan jika tidak mungkin dia tak berpeluang menatap wajah arwah Yus Jambu kali terakhir serta menolong menguruskan jenazah sebelum dia pergi buat selamanya.

 

“Sepatutnya tarikh pertunangan kami lebih awal seminggu tetapi tak tahu ketika itu hati saya tidak sedap dan mahu tangguhkannya sedikit daripada tarikh asal.

 

“Tak sangka pula ada hikmah saya tangguhkan pertunangan kami. Sempat lah saya menguruskan jenazah Yus . Jika tidak mungkin ketika pemergian Yus, saya di Terengganu sedang membuat persiapan pertunangan,” katanya.

 

Tauke dan Nadia melangsungkan pertunangan di kampung halaman tunangnya di Dungun, Terengganu.

 

Mengulas mengenai pertunangannya, Tauke memberitahu dia dan tunangnya, Nadia sudah berkenalan lebih 4 tahun lalu namun baru sebulan lalu merancang untuk bertunang.

 

“Saya sebenarnya sudah lama merancang untuk melangsungkan pertunangan ini tetapi baru sekarang dapat dilaksanakan kerana sibuk dengan kerja.

 

“Tiada niat pun hendak sorok tetapi memang saya tidak war-warkan kepada umum kerana bimbang ia tidak jadi selain majlis berkenaan diadakan dengan keluarga terdekat sahaja,” katanya.

 

Pada majlis berkenaan, Tauke turut memberi tujuh dulang hantaran termasuk sebentuk cincin manakala dibalas sembilan dulang oleh pihak perempuan.

 

Dalam pada itu, Tauke berkata mereka merancang untuk berkahwin sebelum Disember tahun hadapan.

 

“Bertunang selama setahun tetapi lagi cepat disatukan lebih baik. Insya-Allah jika sudah ada tarikh saya akan beritahu,” jelasnya.

 

Sementara itu, ditanya mengenai keistimewaan Nadia, Tauke berkata, selain sikap penyabar, Nadia sangat memahami kerjayanya sebagai artis membuatkan dia selesa bersama wanita itu.

 

“Sepanjang empat tahun berkenalan kami mengenali personaliti masing-masing dan pada saya dia memahami saya daripada pelbagai segi.

 

“Insya-Allah dia adalah jodoh saya dan berharap dapat disatukan dengannya sebagai peneman hidup sehingga akhir hayat,” ceritanya lagi.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Related Post

Tags: , , , , ,

Category: Artis

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *