“Wira Tidak Didendang” Luahan Lelaki Ini Bakal Ubah Persepsi Netizen !!!

| November 23, 2015 | 0 Comments

“Wira Tidak Didendang” Luahan Lelaki Ini Bakal Ubah Persepsi Netizen !!! Saya terjumpa gambar di atas di media sosial. Lelaki itu adalah kakitangan saya, seorang Penolong Pegawai Perubatan (PPP) atau nama lainnya adalah Medical Assistant (MA). Pada zaman dulu, jawatan ini dipanggil sebagai Dressar.

1

Jawatan ini adalah salah satu jawatan parmedik bersama para jururawat. Mereka (paramedik) adalah merupakan tulang dan sendi perkhidmatan kesihatan.

Mereka bertungkus lumus bersama doktor untuk berkhidmat menyelamatkan, merawat dan memantau pesakit pada setiap masa. Penat pekerjaan mereka bukan kepalang, kadang kala terpaksa bekerja ‘double shift’ demi berkhidmat, demi negara.

Lihatlah gambar itu, MA saya sedang mengangkat seorang nenek tua yang tidak bermaya turun tangga kerana nenek tersebut terlalu uzur dan bangunan flat kediaman nenek itu tiada perkhidmatan lif. Senyuman tidak lekang dari mulutnya sungguhpun beban yang dipikul adalah berat.

Begitulah pengorbanan kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menjalankan tugas. Kami mengenepikan rasa penat, perasaan geli, takut malah keluarga kami kadang kala berkecil hati kerana kami terpaksa meninggalkan mereka atas panggilan yang mendesak. Betapa banyak kenduri kendara dan hari perayaan yang kami tidak dapat hadir dan sambut bersama kerana berkhidmat untuk anda dan negara.

Tetapi gambar seperti ini tidak akan pernah menjadi viral. Tiada penghargaan untuk senyuman ikhlas dan jerih payah perawat kesihatan kerana macai kata itu memang kerja mereka dan mereka dibayar gaji untuk merana.

Yang akan viral adalah Penjawat Awam sombong, tidak senyum dan berlagak nak mampus (semua persepsi) semasa mereka tiba untuk rawatan bagi kes bukan kecemasan di Jabatan Kecemasan pada jam 3 pagi ketika kami sedang sibuk.

Wahai sahabat-sahabatku Penjawat Awam terutamanya warga KKM, bersabarlah atas cercaan dan penghinaan yang dilemparkan kepada kita. Biarlah kita viral di akhirat dan mewangi nama kita dipuji Allah dan malaikat. Ameen. – Rahman Kadir.

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *