“Sibuk Nak Anak Dapat Gred A Tapi A Tak Penting Pun”..Luahan Wanita Ini Membuat Ramai TERSENTAP !!!

| November 18, 2015 | 0 Comments

“Sibuk Nak Anak Dapat Gred A Tapi A Tak Penting Pun”..Luahan Wanita Ini Membuat Ramai TERSENTAP !!! Ilmu tidak boleh disamakan dengan bilangan ‘A’

Memang Finland tidak peduli tentang peperiksaan pun. Mereka belajar sebab seorang, juga sebab hari-hari bermakna. Hari-hari belajar tentang benda yang baru seperti hidupkan kayu api, belajar mengenai Malaysia, cara membuat robot dan sebagainya.

KUCHING,17 Nov -- Pelajar Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan menunjukkan isyarat 'lima' menandakan kesemuanya mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA

Why do you think I came to Finland? 9,000 kilometer away from ibu dan ayah just to learn the secret of Finnish Education System!

Bila sudah tahu, saya rasa kecewa sebab silapnya bukan disebabkan oleh guru kita tidak pandai, bukan disebabkan orang kementerian semua jahat, bukan disebabkan anak kita bodoh, tetapi sebenarnya kita terperangkap dengan sistem sosial kita sendiri.

Kalau nak dengar benda benar, mari saya beritahu benda yang saya belajar setahun lebih belajar tentang education system di Finland ini. Tetapi sila telan sebab pahit.

  1. Sekolah adalah tempat belajar, bukannya medan ranking. Di Finland, sistem peperiksaan tiada sebab semua sekolah di Finland mempunyai satu ranking sahaja iaitu sama rata. Tiada sekolah terbaik Finland atau sekolah tercorot Finland. Hantar saja anak ke mana-mana sekolah di Findland, standardnya tetap sama. Tiada kelas pandai, tiada juga kelas belakang.

Di Malaysia kita sibuk dengan ranking sekolah terbaik. Sekolah yang terbaik akan mendapat tajaan, partnership dan sebagainya menjadikan guru-guru tertekan kerana nak mengekalkan ranking. Ini kerana, ibu bapa akan bising jika pencapaian merundum. Bila ibu bapa pelajar bising, guru besar akan menjadi tertekan. Bila guru besar tertekan, guru-guru juga akan tertekan. Mereka akan memaksa para pelajar menelan ilmu (bukan belajar ilmu) melalui hafalan dan cara menjawab peperiksaan dan selepas itu menyebabkan para pelajar pula yang tertekan.

Jadi, bila nak belajarnya? Yang ibu bapa sesetengahnya cakap tak kisah anak dapat berapa A. Tetapi selepas itu lamenting the fact anak dia ‘kurang sikit’ dari anak orang lain, sebab itu tak dapat masuk asrama. Come on!

  1. Jenis ilmu yang dipelajar. Di Finland, mereka menekankan kepentingan belajar perkara-perkara yang boleh diaplikasikan dalam dunia sebenar. Sebab itu banyak project-based. Dari zaman tadika lagi, guru sudah membawa mereka masuk ke hutan untuk belajar jenis-jenis kulit pokok. Seminggu, mereka belajar tentang itu sahaja. Dalam kata lain, mereka menggunakan Kemahiran Berfikir Arast Tinggi (KBAT) dalam seharian tetapi tiada pun mereka melabelkan itu sebagai KBAT.

Di Malaysia? Heboh dengan KBAT tetapi tidak memahami konsep sebenar KBAT. Siap boleh buat peperiksaan dalam KBAT. Biar betul? Itu tidak termasuk ibu bapa menghubungi guru besar sebab kelas anak dia, cikgu tak habis lagi Chapter 9 dalam buku teks sebab kelas sebelah dah mula ajar Chapter 10. Heboh pula sebab dalam peperiksaan tak ada pun keluar sebiji seperti dalam buku teks?

  1. Di sini tiada peperiksaan sebab gred bukan penentu kecemerlangan. Di Finland, umur habis tadika pun ramai lagi yang tidak reti membaca. Kerja mereka dalam kelas, bermain sebab dari main itulah mereka belajar mengenai interaksi sosial, belajar mengenai akhlak dan etika, belajar mengenai alam, belajar mengenai sains dan matematik dan bahasa.

Di Malaysia, anak kurang dapat A dalam UPSR dah mengelabah sebab tak dapat masuk asrama. Siapa yang buat sistem ranking sekolah berasrama ini? Siapa yang buat sistem kasta ini? Dan tanya diri sendiri sebagai ibu bapa, siapa yang paksa anak-anak untuk masuk sistem kasta ini? Tanya betul-betul pada diri sendiri, berapa banyak soalan dalam peperiksaan UPSR yang membantu para pelajar mengenali dunia sekeliling? Bila kementerian nak abolish UPSR, masing-masing mengamuk. Tapi sibuk nak bangga nak mencontohi Finland. Hakikatnya, kita tidak mampu mencontohi mereka sebab dah jauh terperangkap dalam perangkap yang kita sendiri bina.

  1. Sistem ekonomi di sini membantu rakyatnya untuk fokus mengenali diri sendiri. Duit bukan kepentingan kerana di sini kalau selepas graduate, tak dapat cari pekerjaan, kerajaan akan bayar elaun sementara mereka mencari kerja. Ibu-ibu yang melahirkan anak pula diberikan cuti setahun dengan gaji dibayar oleh kerajaan. Orang-orang miskin juga turut mendapat bantuan. Orang-orang yang sakit belakang sebab kerja lama sangat juga mendapat bantuan urut dari Health Centre. Orang-orang yang mengalami tekanan kerja diberikan cuti sehingga hilang tekanan. Para pelajar pula mendapat peluang belajar di tadika sampai ke PhD secara percuma dan mendapat elaun bulanan untuk menolong mereka membayar sewa rumah dan makan.

Di Malaysia?

Jangan tersilap yang saya kata orang Finland rasa akademik itu tidak penting. Orang di sini majoritinya mempunyai minimum masters degree. Ilmu itu penting, Gred A yang tidak penting.

Sumber : Facebook Azmira Amran

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , ,

Category: Pendidikan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *