Oleh Kerana Melakukan Kesalahan,Pegawai Polis Ini Bertindak Menyaman Dirinya Sendiri !!!

| November 16, 2015 | 0 Comments

Oleh Kerana Melakukan Kesalahan,Pegawai Polis Ini Bertindak Menyaman Dirinya Sendiri !!! Milwaukee (Amerika Syarikat): Seorang polis menunjukkan sifat dedikasi terhadap pekerjaannya dengan menyaman dirinya sendiri kerana meletakkan kereta di tempat orang kurang upaya.

17hmsaman.jpg.transformed

Biasanya, pegawai yang bertindak sedemikian tidak akan mengendahkan peraturan undang-undang hanya kerana mereka polis.

Namun berbeza dengan David Clarke, pegawai kanan polis di Milwaukee yang menunjukkan dia tetap mematuhi undang-undang dengan menyaman dirinya sendiri ketika sambutan Hari Veteran baru-baru ini.

“Saya berhenti di hadapan Tugu Perang di Milwaukee, kemudian keluar dari kenderaan dan mengarahkan pemandu saya mengalihkan kereta dengan meletakkannya di tempat yang betul. Dia tidak mematuhi arahan itu, sebaliknya meletakkan kereta itu diparkir yang dikhaskan untuk orang kurang upaya,” katanya dalam satu kenyataan.

Clarke menyaman dirinya sebanyak AS$35 (RM153.34) dan memutuskan untuk menyumbang sebanyak AS$200 (RM900) lagi kepada pertubuhan orang kurang upaya.

Katanya: “Kereta polis juga perlu mematuhi undang-undang, kecuali kecemasan atau atas urusan rasmi. Namun, ia bukan di tempat orang kurang upaya.”

Dia kemudian mengarahkan siasatan dalaman dijalankan untuk mengetahui mengapa pemandunya tidak menuruti perintahnya. – Agensi

Sumber : HarianMetro

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , ,

Category: Jenayah, Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *