Korang Pasti Terkejut…Bapa Seorang Jutawan Tapi Rm2 Duit belanja Untuk Anak-Anak ???

| November 17, 2015 | 0 Comments

 

Korang Pasti Terkejut…Bapa Seorang Jutawan Tapi Rm2 Duit belanja Untuk Anak-Anak ??? Apa yang menarik dengan kehidupan Dato Terlajak Laris dan Datin yang dikongsikan?

KUALA LUMPUR 04 March 2015. Pengasas D'herbs Datuk Aliff Syukri Kamarzaman (kanan) bersama anaknya Ahmad Rayyan, 7 (kiri) dan Ibrahim Adham 2, memgulangkaji matapelajaran. NSTP/Saifullizan Tamadi.

  1. Dato dan Datin tidak pernah beri telefon bimbit, tablet, gadget kepada anak-anak. Jadual anak-anak penuh dengan masa belajar bahasa Cina, India, English, mengaji dan lain-lain. Masa yang selebihnya diluangkan bersama dengan keluarga.
  1. Anak-anak dibenarkan menonton televisyen hanya pada hari Sabtu dalam tempoh dua jam sahaja.
  1. Setiap kali makan di rumah, mereka akan makan bersama-sama duduk di lantai (bentang tikar). Senang nak suap menyuap. Meja hanya sebagai syarat ada dalam rumah (kadang-kadang orang gunakan untuk berlakon).
  1. Dato pergi kerja bawa bekal dan wajib untuk anak-anaknya membawa bekal juga. Isteri yang masak dan pembantu rumah hanya membantu sekali sekala. Ini kerana Dato percaya air tangan dari seorang ibu dan isteri adalah sangat bagus.
  1. Anak-anak bersekolah di sekolah swasta. Dato hanya berikan duit belanja RM2.00 kalau nak beli aiskrim atau makanan yang lain. Sedangkan ibu bapa kepada kawan-kawan anaknya sentiasa diberi RM10 sehari.
  1. Dato akan bawa anak-anak ke rumah anak yatim dua bulan sekali untuk anak-anak tidur di sana dan merasai sama-sama kehidupan susah senang anak-anak yatim yang tiada ibu bapa dan biar mereka melihat sendiri perasaan anak-anak yatim menerima sumbangan.
  1. Dato akan memastikan anak-anaknya tahu rasa susah untuk mencari duit. Mereka dilatih untuk mengalami dan merasai sendiri susah payah mencari duit. Bila anak-anak dah besar, jika mereka berkeinginan memiliki sebuah kereta, mereka perlu merasa menjadi pekerja stor atau ujian dari Dato terlebih dahulu.
  1. Masalah bila anak-anaknya berkumpul dengan sepupu mereka atau berada dalam keluarga besar ialah mereka akan mempersoalkan mengapa tiada mainan itu ini, tiada gajet dan sebagainya. Dato menjelaskan beliau tidak mahu membiasakan anaknya dengan kemewahan dan mudahnya nak mendapatkan sesuatu.
  1. Dato percaya anak-anak yang berkualiti dan bagus datangnya dari didikan ibu bapa. Ibu bapa yang pertama dalam kehidupan anak-anak. Guru-guru di sekolah adalah yang kedua.

“Bukannya kita menyuruh guru-guru 100% mendidikan anak kita, kita cuma usahakan sekolahkan anak dengan bagus,”

  1. Datin percaya setiap anak-anak mempunyai kelebihan dan kekurangannya. Jadi jangan pilih kasih terhadap anak-anak.

Marilah kita mengambil contoh-contoh dan teladan yang baik dan berguna untuk diamalkan dalam kehidupan kita. Semoga suatu hari kelak dapat bermentorkan Dato dan Datin.

Sumber : TheHypeMedia

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , ,

Category: Artis, Pendidikan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *