(GAMBAR) Inilah Kejutan Buat Kanak-Kanak Di Hospital Buat Mereka TERSENYUM, Jom Lihat Apa Kejutan Itu !!!

| November 23, 2015 | 0 Comments

(GAMBAR) Inilah Kejutan Buat Kanak-Kanak Di Hospital Buat Mereka TERSENYUM, Jom Lihat Apa Kejutan Itu !!! Wah! Beruntung sungguh kanak-kanak di hospital ini apabila dapat bertemu dengan adiwira kegemaran, Ultraman yang dapat melawat secara mengejut. Mesti seronok kan?

e56b

2335

Walaupun nampak kecil, usaha murni ini sememangnya wajar diberi pujian kerana ia mampu mengembalikan semula semangat kanak-kanak untuk terus tabah menjalani kehidupan

bf9c

Ultraman memberi lawatan kepada kanak-kanak sakit di hospital semata-mata untuk menggembirakan hati mereka. Lawatan ini seolah-olah memberi semangat baru kepada kanak-kanak untuk tidak putus asa dalam hidup.

Siapa yang tak kenal Ultraman kan? Ultraman telah menjadi hero dan penawar duka kanak-kanak sejak dari zaman 60-an lagi. Semua orang sayangkan Ultraman.

f3b9

Ultraman menghiburkan hati kanak-kanak di dalam keretapi.

1c11

Ultraman melawat rumah anak-anak yatim.

7297

Ultraman bertemu dengan peminat cilik yang berkerusi roda.

Trend ini nampaknya baru saja bermula di Malaysia dan semakin lama semakin popular. Tetapi bagaimana ianya bermula?

3fd5

Semuanya bermula apabila seorang bapa ingin merealisasikan impian anaknya bertemu dengan Ultraman, tetapi dengan syarat gambar anaknya ini perlu mendapat 3,000 likes

2972

Najmi dari Melaka sedar anaknya, Darwish terlalu minat dengan Ultraman. Menurut Najmi, anaknya ini begitu teringin untuk bertemu Ultraman sehingga dia kerap bertanyakan tentang kunjungan Ultraman ke rumah mereka setiap hari.

Najmi yang pada mulanya agak buntu telah cuba memuat naik gambar Darwish di laman sosial dengan harapan gambar tersebut menjadi viral dan mampu mendapat3,000 likes bagi melaksanakan impian Darwish.

Akhirnya, 3,000 likes yang diminta pada mulanya berjaya dicapai. Lebih menakjubkan, gambar berkenaan mendapat sambutan hangat dan menerima lebih daripada 200,000 likes dalam masa yang singkat!

4c55

b408

525e

Lawatan Ultraman ke rumah Darwish di Melaka.

Impian Darwish untuk berjumpa dengan adiwira kegemarannya akhirnya terlaksana! Ultraman melawat Darwish dan rakan-rakan lain di rumahnya di Melaka dalam satu majlis yang amat meriah. Semuanya nampak sungguh happy.

Lihatlah betapa gembiranya Darwish dan rakan-rakan lain apabila Ultraman datang ke rumah. VIDEO PENUH:

Keterujaan Darwish tidak terhenti di situ. Darwish turut “memeluk” figura Ultraman yang diterimanya semasa dia tidur.

f41e

Ultraman tak lepas dari tangan

Sejak daripada itu, kisah Ultraman ini terus menjadi bualan orang ramai dan mendapat demand yang tinggi. Facebook Ultra Sparkyang menjalankan perkhidmatan melawat kanak-kanak ini mula dikenali ramai.

80ba

Walau bagaimanapun, Ultra Spark tidak mampu untuk memenuhi semua permintaan.

Untuk makluman, laman Ultra Spark baru saja ditubuhkan dua bulan lalu dan kini mendapat lebih daripada 23,000 page likes. Antara objektif Ultra Spark adalah untuk:

  • 1. Berpakaian seperti Ultraman dan membuat lawatan mengejut untuk kanak-kanak di hospital dan rumah anak yatim.2. Menyampaikan mesej “NEVER GIVE UP”.3. Memberi kanak-kanak kurang bernasib baik mainan Ultraman dengan kad sebagai kenangan.4. Merealisasikan impian kanak-kanak untuk bertemu dan menyambut Ultraman.Sejak tahun 1966, Ultraman telah merubah hidup begitu ramai kanak-kanak dan sehingga hari ini, Ultraman masih menggalakkan kanak-kanak untuk tidak menyerah pada setiap perkara yang dilakukan.Baca selanjutnya tentang Ultra Spark di sini.

77c1

0683

Segala kostum dan topeng Ultraman telah dibuat secara khas menggunakan dana sendiri tanpa mana-mana sokongan

Selepas Darwish, Ultra Spark mempunyai misi terbaru iaitu memberi lawatan kepada seorang pesakit kanak-kanak, Mohd Qoid Darwisyyang menghidap kanser saraf

7652

Dan pada Sabtu, 21 November 2015, Ultraman menunaikan janji mereka melawat adik Qoid di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama ahli keluarga dan kanak-kanak lain

298b

acc3

Semoga terus tabah adik Qoid. Nah mainan Ultraman

Ultra Spark mengabadikan setiap lawatan yang dilakukan dalam bentuk instax bersama kanak-kanak dan akan dijadikan sebuah album kelak

2526

Gambar instax kenangan bersama Darwish dan Qoid

Mulia sungguh usaha Ultra Spark dalam memberi inspirasi kepada anak-anak kecil. Bukan senang untuk kita lihat orang yang sanggup dedikasikan masa dan tenaga semata-mata untuk buat orang lain gembira.

6723

Mulai hari ini, Ultra Spark pasti menjadi idola setiap kanak-kanak di luar sana. Kami harap agar Ultra Spark dapat meneruskan usaha murni ini dalam menjadikan kehidupan kanak-kanak lebih bermakna dan lebih gembira. Semoga terus sukses di masa hadapan kami ucapkan.

Akhir kata, terima kasih Ultraman!

d7d1

Bercakap mengenai Ultraman, salah satu buku komik adiwira ini telah diharamkan oleh Kementerian Dalam negeri (KDN). Namun begitu, Ultraman mendapat sokongan padu rakyat Malaysia.

Sumber : SAYS.COM

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , , ,

Category: Artis, Hiburan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *