Doktor Dedah KEHEBATAN Tok Bomoh Bedah Buah Pinggang Dengan Jari !!!

| November 17, 2015 | 4 Comments

Doktor Dedah KEHEBATAN Tok Bomoh Bedah Buah Pinggang Dengan Jari !!! Kadang aku tak faham kenapa bila orang sakit depa mai spital.

jpbc4

2 bulan lepas ada brader sorang ni mai spital. Sakit belakang dan kecing berdarah. Pandai plak dia datang kat kecemasan. Aku bagi ubat dan scan dia. Nampak batu karang kat buah pinggang dia dah. Ujian renal profile masih normal menandakan tidak ada sumbatan (obstructive uropathy).

Jadi macam biasa aku plan bagi dia appointment di klinik pakar. Sementara tu aku bagi dia ubat2 yang sepatutnya. Nasihat berjela2 jugak seingat aku.

Dua bulan berlalu dan kali ni dia datang balik dengan complain masalah yg sama (sakit belakang). Ditambah rasa lesu, hilang selera makan dan muntah2. Pucat sangat rupa dia. Kencing berdarah dah takde lagi sebab dah elok. Sekali pandang aku dah boleh agak dia dah ada masalah kerosakan buah pinggang yg serius.

Aku pun tanya, ada tak dia pergi appointment di klinik pakar?

Dia jawab tak. Dia ikut cakap kawan dia. Pi jumpa bomoh untuk bedah batin. So batu tu dah dikeluarkan. Orang rumah dia yg ikut sama siap keluarkan dan tunjukkan aku batu tu.

Aku tengok. Entah batu akuarium mana bomoh tu rembat utk temberang brader ni.

Aku tanya macam mana bedah batin tu. Brader tu penuh semangat cerita kat aku. Dia kata terasa getaran kat belakang dia bila bomoh tu tunjuk jari. Lepas tu batu tu keluar dari abdomen depan dia. Fuhhhh!!! Aku kagum! Buah pinggang tu organ retroperitoneal. Namun batu tu telah dikeluarkan dari depan oleh bomoh tu. Kira tembus intraperitoneum, organ2 lain dan muncul di kulit abdomen dia secara ajaib.

Brader tu kata pembedahan tu mmg bagus giler. Terus dia dah tak kencing berdarah dah. Malah terus air kencingnya berkurangan. Last kencing dia adalah 2 hari lepas, itupun sikit giler katanya. Huhuhu. Kencing berdarah pulih dengan terus takde dah kencing.

Aku pun scan brader tu balik. Buah pinggang dia bengkak. Batu masih ada dan sikit tak terusik. Dari keputusan darah dia ternyata buah pinggang dia rosak teruk. Pada usia yg masih muda dia mungkin perlu menjalani dialisis sepanjang hayat.

Aku terangkan kepada dia ttg batu yg masih ada dan kerosakan buah pinggangnya. Dia tak percaya. Mana mungkin bomohnya menipu. Pasti doktor hospital yang tersilap.

Sia2 para pakar urologi belajar 5 tahun untuk degree, 4 tahun untuk jadi pakar bedah am dan beberapa tahun lagi untuk latihan subspeciality urology.
Bomoh bedah batin boleh remove batu karang guna jari je beb.

Inilah mentaliti menyedihkan pesakit kita. Pendapat pakar akan ditolak. Tetapi pendapat bomoh akan dijunjung.
Tengok sajalah isu ‪#‎vape‬.
Yang berjuang untuk vape ni doktor ke? Tapi itupun berduyun2 percaya sambil maki hamun dan fitnah para doktor.

Sumber : Facebook

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , , ,

Category: Informasi

About the Author ()

Comments (4)

Trackback URL | Comments RSS Feed

  1. Mohd aidil says:

    Hai nak tny sikit kat mana dia buat rawatantu. Sy juga pesakit buah pingang dan melakukan rawatan dialisis 3kali seminggu. Mana nak tau kalau bleh sy bleh cuba. Coz dah byk tempat rawatan alternetive tp semua cakap yg sy bukan ada masalah buah pingang. Harap dapat membantu

  2. Devi says:

    Hai sy pun nak tahu kat mana dia rawatan. Suami sy pun masala sama . Harap tolong.

    Terima kahsih.

  3. Devi says:

    Hai Suami sy seorang sakit buah pinggang. sila beri maklumat . Email saya [email protected]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *