“Dia Tidak Tahu Membaca,Menulis Dan Dimasukkan Ke Kelas Paling Corot” Apa Yang Terjadi Selepas 18 Tahun Pasti Buat Anda KAGUM !!!

| November 22, 2015 | 0 Comments

“Dia Tidak Tahu Membaca,Menulis Dan Dimasukkan Ke Kelas Paling Corot” Apa Yang Terjadi Selepas 18 Tahun Pasti Buat Anda KAGUM !!!  Seorang kakitangan saya memberitahu, esok anaknya akan menduduki ujian kelayakan masuk darjah 1. Tiba-tiba teringat cerita 18 tahun yang lalu ketika anak sulung kami masuk darjah 1 dan dimasukkan ke kelas paling corot kerana tidak tahu membaca dan menulis semasa masuk darjah 1 itu.

1

Selepas empat bulan, suami saya dipanggil oleh guru kelas anak.

“Anak encik sahaja yang tidak boleh membaca dan lambat menulis dalam kelas ini. Semua pelajar yang lain sudah pandai membaca! Saya tidak akan mengajar dia membaca. Encik ajarlah sendiri sampai dia boleh membaca!” katanya.

Sedih sungguh kami pada waktu itu. Sudahlah masa hari terakhir tadika, saya terdengar guru tadika bercakap kepada rakannya.

“Ibu bapa budak ini pensyarah, tetapi anak bukan main slow lagi! Tiga tahun berada di sini tak pandai-pandai juga membaca!” katanya.

Sedih sungguh rasanya pada waktu itu. Bayar yuran tadika bukannya sedikit. Pada masa itu jugalah terfikir, bukankah tugas guru mengajar sehingga murid boleh membaca? Masa itu, dasar Kementerian Pendidikan Malaysia bagi sekolah rendah 3M rasanya.

Demi masa depan anak, setiap malam kami mengajar Arrazeen membaca, mengira dan menulis. Akhirnya pada hujung tahun, dia sudah boleh membaca. Selepas itu, setiap hari kami meminta dia membaca buku cerita. Sebab kami sedar anak kami tidak pandai. Tanggungjawab kamilah yang mengajarnya. Itu rezeki yang Allah berikan masa itu.

Alhamdulillah, kini anak kami Arrazeen sudah bergelar doktor perubatan. Dia kini sedang memberikan perkhidmatan kepada bangsa dan negara.

Pada ibu bapa yang ada anak jenis ‘lambat’ ini, jangan berputus asa! Sebab itu ada pepatah Melayu “Belakang parang kalau diasah, lama-lama tajam juga,”.

InshaAllah. – Norizah Ardi

Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – MENGEJUTKAN… Murid Darjah 4 BERSALIN Di Klinik Swasta !!!
P.S. 4 – Inilah 5 Orang Paling PELIK Yang DIHUKUM MATI Tetapi TAK MATI !!!
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Pendidikan

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *