(PANAS) “Iklan D’Herbs Sengaja Menjatuhkan Imej Wanita Berpurdah” Kritikan PEDAS Netizen Terhadap D’HERBS !!!

| November 25, 2015 | 0 Comments

(PANAS) “Iklan D’Herbs Sengaja Menjatuhkan Imej Wanita Berpurdah” Kritikan PEDAS Netizen Terhadap D’HERBS !!! Iklan D’Herbs bagi produk Celak Arab masih lagi ditayangkan di kaca TV, mencetuskan rasa kesal segelintir netizen yang menganggap iklan itu sengaja menjatuhkan maruah wanita berpurdah.

1

Iklan terbitan pemilik syarikat D’Herbs, Datuk Aliff Syukri itu difahamkan mula disiarkan sejak September lalu didakwa tidak sensitif dan mencemarkan imej wanita berpurdah sekali gus menimbulkan persoalan netizen, mengapa?

“Saya tak salahkan Aliff sebab dia bukan kategori orang agama. Mungkin iklan dibuat begitu kerana pada pemerhatian dia, ada sesetengah wanita berpurdah sekarang yang galak celakkan mata atau sebab nak tutup wajah yang hodoh. Bagaimanapun ia agak aneh dan memalukan. Suatu masa dulu purdah dianggap sebagai pakaian keramat, pakaian waliullah, pakaian orang yang tinggi agama dan peribadi. Sekarang dijadikan bahan persenda,” kata Fithrah Hanim.

“Benci pula aku tengok iklan D’Herbs celak yang pakai purdah itu sampai anak-anak buah aku yang baru nak membesar itu tnaya, ‘semua perempuan yang tutup muka itu muka dia hodoh dan tak cantik ke? Dia malu sebab itu dia tutup muka kan?’. Ish.. ish.. iklan itu dah macam mengejek orang berpurdah pula sebab budak-budak pun terfikir begitu,” kata Mieya.

“Ingat lawak ke buat iklan macam tu? Konon mata nampak cantik tetapi hakikatnya jongang. Macam menghina wanita berpurdah. Teruk, sedih, hampa dan macam-macam rasa pun ada. Kalau awak nak Islamik sangat, banyak lagi cara yang boleh lariskan produk awak,” kata Ibtisam Aisyah yang kesal dengan idea iklan yang tidak sewajarnya itu.

Justeru, mereka meminta agar pengasas D’Herbs menarik balik iklan itu kerana tidak sesuai dan dilihat sengaja mempersendakan imej wanita berpurdah. – THEHYPEMEDIA.COM

P.S. 1 – NGERI….Sekeluarga MAUT Selepas TERBABAS Dan TERPEROSOK Di Bawah Treler Yang Berhenti Di Lorong Kecemasan !!!
P.S. 2 – Ngeri….Tiga Individu Maut Ditimpa Papan Tanda Lebuhraya Yang Dilanggar Sebuah Treler !!!
P.S. 3 – ‘Tunggu Kami Di Kejiranan Syurga Abang’ Catatan SAYU Yang Buat Ramai TERSENTUH !!!
P.S. 4 – Seorang PENSYARAH Maut Terlibat KEMALANGAN Dalam Perjalanan Ke Persiapan Majlis Penyerahan Rumah Kepada Mangsa Banjir.
P.S. 5 – Akibat Tindakan MELULU Pemandu Kereta Ini Menyebabkan Dia Terbabit Kemalangan Yang NGERI!!!

Tags: , , , , ,

Category: Artis

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *