Budak TERSELAMAT Dedah Pernah JERIT Kepada Penyelamat Tapi TAK DIENDAH !!!

| October 12, 2015 | 0 Comments

Budak TERSELAMAT Dedah Pernah JERIT Kepada Penyelamat Tapi TAK DIENDAH !!! | Salah seorang kanak-kanak orang Asli Pos Tohoi yang terselamat, Missudiar Aluj, 11 mendakwa menjerit meminta perhatian pasukan penyelamat selepas terdengar bunyi helikopter tentera.

1

Bagaimanapun dia pelik apabila jeritan tersebut tidak didengari sedangkan jarak mereka dan pasukan penyelamat itu tidak begitu jauh. Hal itu dimaklumkan oleh Penghulu Kampung Gawen, Akek Bahir yang juga bapa saudara kepada Massudiar.

“Malah, ketika pasukan mencari melakukan pencarian di kawasan tersebut, kanak-kanak itu menyedari kehadiran anggota terdiri daripada beberapa agensi itu.

“Namun jeritan kanak-kanak ini tidak didengari walau bunyi pasukan penyelamat itu agak dekat dengan mereka. Jika sebaliknya saya percaya nasib lima lagi rakan Missudiar yang maut akan berbeza selain dapat diselamatkan,” katanya, sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

Akek juga hairan bagaimana dia juga tidak menjumpai sebarang jejak tujuh kanak-kanak yang hilang itu sedangkan dia dan pasukan penyelamat juga ada melakukan pencarian di kawasan yang sama kesemua mangsa ditemui.

Akek percaya kesemua mangsa ‘dijaga’ oleh Tenrog (orang bunian) hingga menyebabkan pasukan penyelamat tidak mendengari jeritan mereka.

“Saya sendiri ada melakukan pencarian di kawasan mereka ditemui ini selepas empat hari mereka hilang.

“Malah, ada malam yang saya bermalam di dalam hutan tetapi tiada sebarang jejak ditemui atau kelihatan. Kejadian ini memang membingungkan,” katanya lagi. KREDIT SIAKAP KELI.

P.S. 1 – Inilah 5 MESEJ RAHSIA Dalam Filem 3 ABDUL Karya P Ramlee Yang Ramai Tak Tahu !!!
P.S. 2 – 1001 Kebenaran Kes Memali Dan Kisah Hitam Tun Mahathir Yang Ramai Tidak Tahu !!!
P.S. 3 – Rahsia Mengejutkan Di Sebalik Kemegahan Masjid Hagia Sophia Di Istanbul.
P.S. 4 – Inilah Taman Neraka Yang Menginsafkan Pengunjungnya.
P.S. 5 – PUNCA UTAMA Kenapa Wanita Mengandung Anak Luar Nikah SENANG BERSALIN Kini DIDEDAHKAN !!!

Tags: , , , , ,

Category: Semasa

About the Author ()

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *