Menarik! Gambar Rasmi Perkahwinan Adam AF Dan Fiza Elite (6 Foto)

| September 28, 2013

Menarik! Gambar Rasmi Perkahwinan Adam AF Dan Fiza Elite (6 Foto) | Siapa yang tidak kenal dengan seorang penyanyi ini Adam AF yang pernah popular ketika berada dalam rancangan program realiti Akademi Fantasia 2. Anak kelahiran Sabah ini telah memilih Fiza yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite sebagai isterinya yang sah. Seperti yang kita tahu, Adam AF sebelum ini dilihat banyak mendekatkan diri dengan majlis-majlis ilmu. Rupa-rupanya beliau turut sedang mempelajari ilmu perubatan Islam. Apa-apa pun tahniah diucapkan atas perkahwinan ini.

adam5

Tahniah diucapkan kepada Adam bintang kelahiran program Akademi Fantasia musim kedua yang telah selamat bergelar suami kepada Fiza di dewan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Shah Alam. Fiza dari kumpulan Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim telah menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan sepersalinan barangan untuk solat sebagai hantaran.

Majlis pernikahan yang berlangsung dalam serba sederhana itu dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak dan wakil media. Majlis resepsi pasangan ini akan diadakan pada pertengahan Oktober depan di kampung halaman Adam di Kota Kinabalu, Sabah. Untuk pengetahuan, Fiza pernah berkahwin sebelum ini dan memiliki dua cahaya mata iaitu Ferra Aryana Ahmed Farriq dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq.

adam4

adam3 adam2 adam1

adam6

P.S. I – Kreatif! Rekabentuk Rumah Seperti UFO
P.S. II – Pelik! Payung Tergantung Sepanjang Jalan Di Portugal
P.S. III – Rekabentuk Taman Permainan Seperti Seekor Buaya

Sumber : Melvister

Tags: , , , , , , , , , , , ,

Category: Hiburan

About the Author ()

Comments are closed.